Thursday, April 18, 2013

Just a story 1

"Don't Save Something For Special Occasion, Everyday Of Your Life Is A Special Occasion"




Sudah sekian kali saya berhasrat untuk menulis beberapa nuktah pengalaman hidup yang tak lah seberapa ni.  Pada satu sudut pandang, saya tidak merasa keperluan berkongsi cerita kerana mungkin pengalaman-pengalaman ini tak lah seberapa sangat.  Tapi bila saya terus meniti kehidupan, bergaul dan berinteraksi dengan pelbagai lapisan manusia - di Malaysia dan luar negara, saya bertekad untuk berkongsi cerita.  Saya punyai cerita unik!  Bahkan semua orang mempunyai cerita unik masing-masing.  Apabila anak lelaki saya bertanyakan satu soalan mudah"Why don't you do something great in your life?"  Duhhh...Agak teruja saya nak menjawabnya - saya dah buat banyak benda yang 'great in life' tapi saya tak sempat nak ceritakan semuanya...  itu saja.

Saya pernah membaca buku tulisan Harun Yahya tentang hakikat kejadian masa.  Beliau berpendapat, sekiranya kita cuba menceritakan tentang kehidupan kita pada umur kita 60 tahun, kita hanya memerlukan beberapa jam sahaja.  Rata-rata orang akan kehabisan cerita hidupnya.  Disamping kita juga sudah lupa pengalaman penting hidup kita, hakikatnya kita juga tidak banyak 'beraksi' sepanjang pentas kehidupan ini.  Jadi bagaimana kita akan merasa selesa dan sempurna meninggalkan dunia ini, and say that I'm happy with my life I won't regret a bit.. saya redha dan saya berpuas hati?

Apabila saya menjelajah ke mana-mana sahaja (kerja saya sepanjang lebih 25 tahun ini banyak membawa saya ke pelbagai negara -  buat masa ini urusan kerjaya merentasi 18 buah negara - a global footprint!), saya akan terfikir apa cerita orang itu dan orang ini yang saya temui di dalam rangka kerjaya saya.  Tak lupa kepada si pencuci lantai di Dubai airport, atau pemandu teksi di Jakarta, placement agent di Milano, Italy atau pakar ekonomi di Baku, Azerbaijan...  Apa pula ceritanya dengan seorang yang saya jumpa di Seoul Korea - dia pernah tinggal setempat dengan saya di Reston, Virginia.  Sudah pasti dia punya cerita tersendiri.  Kenapa tinggalkan Virginia dan pulang ke Seoul?  Satu ketika, saya menerima satu email dari seorang kenalan di Stamford Connecticut.  Dia menyatakan kesedihan dan kedambaan rindu yang amat sangat kerana telah terpisah lebih dari 15 tahun!  Satu soalan yang beliau sempat lemparkan, "If you remember...I bought a sofa from you before you went back to Malaysia.  I need to pay you.  How can I transfer you the money?"  Oh my... He remembers?  Well, kalau nak tau, saya sememangnya telah menghadiahkan sofa tersebut kepadanya sebelum kami berpindah pulang ke Malaysia, mungkin dia tak perasan.  Ada satu lagi email yang sampai dari seorang kenalan Melayu yang bermustautin di USA mengenai seorang dari American housemate saya. Email tersebut menyampaikan salam rindu dari salah housemate saya di Hartford yang memeluk Islam lebih 20 tahun yang lalu dan mencari rakan yang boleh membantunya mempelajari Islam - Mahamed Yasin Abdul Rahman Abdul Aziz Alfredo - panjang nama yang ditukarnya secara rasmi selepas mendapat hidayah Ilahi.  Dia menjadi housemate saya sebelum saya mendirikan rumah tangga.  Dia punya cerita tersendiri dan amat menarik untuk di kongsi, mungkin di sini.  Mungkin di lain waktu.

Sebelum saya flashback cerita saya ke zaman remaja, saya nak kongsikan beberapa cebis majalah yang memuatkan cerita saya sewaktu saya menetap dan bekerja di Amerika.  Saya nak tayang sikit pada anak lelaki saya yang bertanyakan tentang 'the great thing' yang saya lakukan.  Ini hanya secebis, sebelum saya terlupa.  Beberapa bulan yang lalu, saya mengemas library rumah dan terserempak sebuah majalah yang saya simpan.  Ceritanya, pada awal tahun 1997, pengarang majalah antarabangsa - Entrepreneur International - telah menghubungi saya beberapa kali ingin membuat liputan kejayaan usahawan-usahawan di USA.  Beliau inginkan sesuatu yang unik dan beliau terbaca liputan temuduga khas Wall Street Journal yang memuatkan cerita saya - Investing with Shariah.  (Malangnya, saya telang kehilangan cebisan liputan dan temuramah tersebut).

Perkataan shariah adalah sesuatu yang asing di benua Amerika pada awal tahun 90an.  Apatah lagi, ianya tersangat asing bagi industri kewangan dan perbankan.  Mark Henrick, penulis kolum yang menghubungi saya tertarik dengan konsep Shariah yang saya tekankan di dalam pelaburan di Wall Street semenjak tahun 1990 dan membuat liputan khas yang agak menarik di kolum Global Management - Business lessons from Islam's Koran bertajuk "By the Book".  Memanglah maksudnya amat mendalam kerana doing things by the book here is above and beyond the conventional wisdom ie following the standard rules.  In my case, I'm obliged to place the divine wisdom as my foundation and follow them.  Tulisan membincangkan konsep dan falsafah shariah di dalam pengurusan dan kesannya kepada pencapaian syarikat.


Beliau turut memuatkan pandangan beberapa tokoh Islam terulung seperti Dr. Jamal Badwi berkenaan konsep dan falsafah Shariah di dalam pengurusan perniagaan.  Pada hujung tahun 1995, saya menubuhkan sebuah syarikat pelaburan modal teroka (venture capital) berdasarkan shariah di sana.  Sebelum itu, pada tahun 1990, saya menjadi rakan kongsi sebuah syarikat dana Islam antarabangsa. (Saya jual kepentingan saya di dalam syarikat tersebut untuk lebih fokus di benua Amerika, apabila syarikat tersebut berpindah keluar dari benua Amerika).

Konsep-konsep ketentuan barang, kepastian harga, kemaslahatan awam dan masyarakat menjadi dasar utama pengurusan dana secara shariah; di samping beberapa perkiraan standard fundamental analysis dan ratios.  Hal ini sememangnya tidak diminati oleh traders yang rata-rata membuat untung di atas kekeliruan harga dan ketidakpastian pasaran.  Keuntungan tetap menjadi motivasi kerja kerana usaha yang tidak mendatangkan hasil (keuntungan) adalah satu kecuaian ke atas ummah!  Cukup di situ buat masa ini... jadi anda tahu bahawa saya berdarah usahawan (antarabangsa).  So my son, sounds great? Well, you shall read more in my future posting.

No comments:

Post a Comment