Friday, April 19, 2013

Just A Story 2

If you are always trying to be normal you will never know how amazing you can be...



Inilah bangunan asal yang saya hadhiri sepanjang saya di Arau, Perlis

Tahun 1979

Saya 'berpisah' dengan keluarga sewaktu berumur 13 tahun.  Saya dihantar ke sekolah berasrama di luar negeri...Perlis.  Dari seorang yang selalu bergantung kepada Mak Ayah, kini saya terpaksa bersendirian di negeri orang.  Kesedihan itu tiada gambaran.  Seolah-olah seluruh hidup saya terkeluar dari jasad tanpa keluarga di sisi.  Waktu itu.  Saya tahu dan saya pernah rasai.  Separation anxiety.

Perasaan nostalgia, sedih, kehilangan dan luluh sentiasa menyelubungi. Saya ingatkan hanya saya yang berperasaan begitu.  Hanya baru-baru ini bila cerita-cerita lama dikongsi bersama-sama Mak dan Ayah, baru saya ketahui bahawa perasaan yang sama (dan mungkin lebih) turut dirasai oleh Mak.  Itulah naluri ibu.  Dia menangis setiap hari dengan 'kehilangan' saya di rumah.  Kalau Mak dah mengalah dari awal, sudah pasti nasib saya melencong ke tempat lain.  Pengorbanan ibu!  Pada waktu itusaya adalah the only son.  Ayah lebih banyak bertenang kerana Ayah secara senyap-senyap akan memandu lebih satu jam pergi melawat saya di asrama pada setiap hujung minggu.  Dia tahu, Mak tak sesuai ikut sama - takut Mak nangis.  Di rumah, saya difahamkan Mak sentiasa menyuruh saya kembali bersekolah berdekatan rumah.  Terlalu rindu katanya.  Hanya dengan nasihat Pak Haji Lah (bapa sepupu sebelah Mak) yang sentiasa mengingatkan kepentingan menuntut ilmu tak kira di mana jua.  Cerita Pak Haji Lah menarik untuk dikongsi sedikit - moga Allah cucuri rahmat dan keampunan kepada rohnya.

Pakji Lah diantara kerabat dekat yang merentasi sempadan menuntut ilmu di negeri orang.  Beliau telah merantau ke Sumatera, Siam, Kemboja dan ke seluruh pelusuk Tanah Melayu menuntut ilmu!  Beliau memberi cadangan (lebih kepada paksa rela) kepada Ayah untuk menghantar saya belajar di negeri Perlis.  Ayah bersetuju 100%.  Mak setuju kerana katanya, kerabat di sebelah Mak dari generasi lebih awal terdiri dari ilmuan di Pattani, Selatan Siam.  Hmmm... Pada masa itu, pengetua SMKA Alawiyah adalah Tuan Hj. Ismail, juga sebahagian dari kerabat saudara-mara.  Antara alumni sekolah ni ialah Dt. Abu Hasan, Harun dan Ishaq Din al-Hafez.

"Pengetua pertama sekolah tersebut adalah Prof Kandil, rahimahulLah.  Beliau adalah ilmuan ulung yang di datangkan dari Kaherah, Mesir pada awal tahu 60'an.  The twist is this: His son is one of my business partners in one of the VC firm I established when I was in Virginia,USA.  I hooked up with his son thru business.  A blessed moment indeed.  Saya sempat bertemu Almarhum Prof Kandil di Gombak, Malaysia dan kenangan Alawiyah dan KIK adalah antara cerita yang kami senang untuk berkongsi sama. Prof Kandil turut menjadi Pengetua KIK sebelum saya di sana". 

The Great Thing

Jadi apa yang great about studying in Perlis.  Let me tell you this.  It's Perlis that lit up the first spark that eventually has transformed me into becoming an amazing person!  kita dapati Perlis adalah tempat yang paling tidak maju (no offend).  Pada masa itu, di seluruh negeri Perlis, hanya ada satu trafik light!  Itu pun sengaja diletakkan untuk menambah kesesakan (bukan mengurang).  Paling kurang, ada juga 'traffic jam'.  lol.  Kalau kita pernah ke Perlis... 30 tahun yang lalu...

Saya terdedah oleh kekurangan dan kegagalan manusia di Perlis.  Pada tahun 2, ada beberapa orang senior yang masuk belajar di sekolah tersebut - Form 6.  Mereka adalah dari satu sekolah hebat, namanya Kolej Islam Kelang, Selangor (KIK) --- sekarang lebih dikenali sebagai KISAS.  Wow, macam-macam yang seniors ni cerita pasal KIK.  Beberapa pelajaran yang saya dapat:

  1. KIK hebat, saya mesti pergi ke sana.
  2. Seniors ni tak hebat sangat, itu sebab dia tak boleh teruskan pelajaran di KIK.  Saya kena jadi lebih hebat dari seniors tu.

Dalam tak hebat seniors tu, saya sangat kagum cara mereka.  Petah berpidato dan bijak mengurus.  Sangat berbeza dengan kebiasaan seniors dari Perlis yang agak segan silu.  Bahkan lebih hebat dari pelajar-pelajar tajaan Yayasan Sabah yang menuntut di sekolah yang sama di Perlis.  Sebenarnya, banyak lagi cerita Perlis yang membentuk saya.  Kelemahan hanyalah satu aspek, tetapi inspirasi dan motivasi yang ditunjukkan oleh tenaga pengajar di Arau amat berkesan.  Saya ada sebab untuk tidak terus berada di Perlis, dan saya mempunyai sebab untuk melangkah lebih jauh!  Terima kasih asatizah dan guru-guru di Alawiyah!

That's my first turning point.

Saya sudah reset minda saya.  Kekurangan dan kelemahan manusia adalah bahan bakar semangat saya untuk ke KIK.  Hari-hari saya bayangkan KIK.  Saya takkan miss menonton siri pertandinagn pidato Piala Perdana Menteri.  Mesti ada KIK.  KIK mesti menang!  Belajar KIK, tidur KIK, makan KIK... yang lain sudah tidak penting.  Hinggakan saya tidak ikut rakan karib bergiat aktif hanya kerana ingin menumpukan pelajaran kepada SRP (sekarang disebut PMR).  Lebih banyak membantu apabila Mak dah kurang sedih, bahkan semakin membajai hasrat saya untuk score SRP dan melanjutkan pelajaran ke KIK.  Mungkin Mak gembira melihat saya gembira - naluri ibu. Untuk membantu saya belajar, Mak akan sediakan emping goreng pedas.  Terbaik!!  Bagi mengurangkan gangguan rakan se asrama, Mak sediakan 2 tin milo.  Satu kasi share kawan-kawan, satu lagi khas untuk saya - extra pedas!  Woo...huuu

Best Student

Kalau kita nak, kita kena usaha.  Kalau usaha macam orang yang pernah berjaya, hasilnya akan sama - berjaya.  Kalau kita usaha macam orang yang gagal, hasilnya - gagal.

Saya rapat dengan seniors KIK tu.  Macam-macam tips belajar yang dikongsi untuk saya berjaya.  Saya ikut semuadan buat extra.  Saya kena menonjol sebab kemasukan ke KIK mengambil kira kesemua sekolah-sekolah agama di seluruh Malaysia.  Sepanjang 3 tahun saya di Perlis, hanya 3 orang pelajar dari sekolah Alawiyah yang terpilih untuk ke KIK. Tak mudah, tapi tak mustahil! [Salah seorang dari mereka adalah usahawan yang sangat berjaya yang mempunyai empayar perniagaan di Malaysia.]

Saya mendapat keputusan SRP pangkat sangat cemerlang, menjadi pelajar terbaik di sekolah dan di Perlis.  Pengetua Hj Ismail gembira. Pak Hj Lah gembira.  Ayah gembira.  Mak yang paling gembira!  Saya kutip pingat pelajar terbaik berserta sijil dan keluar dari Perlis... no look back.  KIK menyunting saya seorang sahaja mewakili Perlis ke Kelang.  Saya gembira dapat berkhidmat untuk Perlis, walaupun saya orang Kedah.  Saya sudah merentasi negeri-negeri... satu permulaan langkahan panjang saya ke seantero dunia!

To be continued...


No comments:

Post a Comment