Monday, August 31, 2009

Sri Ayesha & Montessori

Ramai yang bertanya saya mengenai Montessori di Sri Ayesha. Apa tu? Ada yang tak pernah dengar pun Montessori. Ramai yang masih kabur mengenai kaedah ini.

Memang ada Montessori kindergarten di Malaysia, tetapi tak salah kalau saya katakan Sri Ayesha menjadi perintis memperkenalkan konsep yang sama pada peringkat sekolah rendah (Primary level) lebih 10 tahun. Begitu juga di peringkat sekolah menengah, kaedah ini diadaptasi di dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Sewaktu kami di US, konsep ini telah diperkenalkan pada awal tahun 70'an bagi peringkat umur 6 - 12 tahun. Seterusnya percubaan dibuat untuk tahap selanjutnya 12-18 tahun. Hakikatnya, apa yang dilaksanakan di Sri Ayesha adalah adaptasi kaedah2 Montessori yang sesuai di dalam proses pembelajaran dan pembentukan anak2. Sudah pasti masih banyak yang perlu di percukupkan, namun kita mempunyai landasan yang jelas cara membangunkan anak2 ini sebaik mungkin.

Secara ringkas, falsafah Montessori adalah berdasarkan 'law of nature' (sunnatullah & fitrah). Prinsip2 utama Montessori adalah Observation; Individual liberty and Preparation of the Environment.
 

Saya memilih untuk berkongsi beberapa aspek yang bersangkut terus dengan Sri Ayesha agar ianya boleh dihubungkait dan relevan.

Kerana anak2 dilahirkan bersih (fitrah), maka hakikatnya mereka berada di landasan yang betul. (Oleh sebab itulah, anak2 yang meninggal dunia terus tempatnya di syurga - all children go to heaven!). Yang mensasarkan mereka adalah persekitaran yang terdiri dari rakan2, orang dewasa (kita semua) dan persekitaran. Saya telah menyentuh hal ini di beberapa posting yang lain.

Soalnya, apa yang boleh kita kemukakan untuk anak2 ini di iklim persekolahan? Saya tak nak sentuh isu iman & aqeedah, amal dsgnya sebab itu adalah isi kandungan silibus yang memang sedia ada (Ilmu, Islam, Iman, Science, Bahasa, kepakaran etc etc). Yang ingin kita lakukan (dan sedang kita lakukan) adalah pembangunan diri anak2 untuk sentiasa berada dalam keadaan fitrah agar ianya kekal berpanjangan. Manusia yang fitrah sifatnya mempunyai beberapa ciri. Saya kemukakan 3 ciri di sini:
  1. Mampu menggunakan aqal untuk bertafakur (observe), eksplorasi, menganalisa dsbg;
  2. Hatinya bebas, bersih dan mampu berkomunikasi;
  3. Bertenaga untuk survival diri bagi meneruskan hidup (berusaha).
Pada peringkat awal, anak-anak ini akan bergantung (dependance) kepada persekitaran dan orang dewasa.  Di Sri Ayesha, kita berusaha membangunkan jiwa mereka kepada erti kebebasan - jatidiri dan mampu berkendiri. Justeru, diri anak2 ini mesti dibebaskan dari tembok yang kita sendiri dirikan di sekeliling mereka. "Jangan itu" dan "jangan ini" adalah kalimah yang sangat lazim. Itu antara batu-bata tembok yang kita bina sejak mereka kecil. Bagaimana anak2 mampu berfikir sekiranya fungsi aqal tidak dikembangkan. Merungkai fungsi ini memerlukan keazaman yang tinggi dan rutin harian yang consistent oleh semua kita. Anak2 pada peringkat pre-school & Primary tidak melakukan sesuatu atas kesedaran diri. Mereka akan melalui beberapa peringkat ikutan dan kebiasaan sebelum mereka faham dan sedar akan keperluan tersebut.

It's a function of observing the child & managing the child's environment.
Suasana persekitaran untuk anak2 akan dipengaruhi oleh orang dewasa, kawan2 dan peralatan persekitaran. Rasullulah ada menyebut beberapa peringatan yang mafhumnya: Manusia mengikut agama ketua mereka - ref to orang dewasa; Manusia akan mengikut agama kawannya - ref to rakan2. Seterusnya Rasullullah melarang kita menyimpan patung2 - ref to persekitaran. Here's the deal, kebelakangan ini kita selalu menghadapi masalah kurangnya perhatian (low concentration) di kalangan anak2. Boleh dikatakan, hampir 100% kita kesan anak2 ini terlalu terdedah kepada persekitaran yang mengganggu seperti TV, video games, internet, computers, toys etc. Begitu juga, sekiranya kita inginkan anak2 yang rajin membaca, maka seharusnya kita menyediakan persekitaran yang membolehkan dia membaca dan senang teransang dengan bahan bacaan berkualiti.

Tetapi yang paling penting ialah membangunkan minda anak2 yang boleh menggunakan aqal bagi mencapai sesuatu. Aqal untuk belajar, aqal untuk beramal, aqal untuk berkawan, aqal untuk hidup! Dari situlah kita mula melihat potensi anak2 ini... Lihat sejauh mana aqalnya telah dibongkar untuk mencapai sesuatu dalam hidupnya. Ini fungsi orang dewasa - guru2 dan ibubapa.
Ummu Nafeesa selalu menceritakan kes ibubapa yang terlepas pandang potensi anak2 mereka, sedangkan guru2 berjaya melihatnya. Ramai ibubapa terkejut teruk apabila mendapati anak mereka mampu berpuisi, atau berlakun atau berbahas! "Eh...tak sangka dia boleh berucap...dia ni sangat diam kat rumah..," itulah komen kebanyakkan kita. Potensi ini bukan untuk kebanggaan diri atau sekolah, tetapi ianya adalah untuk pengukuhan dirinya menjadi insan fitrah seperti yang dimaksudkan di atas.
Saya yakin sekiranya anak2 ini mampu menguasai aqal, mereka akan cemerlang dalam banyak bidang yang diceburi. Bagaimana dengan emosi? Sudah pasti emosi adalah penting dan pembangunan emosi dibajai dengan qudwah dan tunjuk-contoh orang dewasa yang berterusan.  Di dalam konteks Montessori, ianya disebut sebagai "model good behavior" dan "joyful of inner discipline".  Emosi berubah dan memerlukan kekuatan jiwa yang kuat yang kita bangunkan dalam program inner-speech (kata-hati). Emosi perlu dituntun oleh aqal (ilmu) yang menerap nilai ke atas emosi diri. Kaedah penggunaan aqal bukan melalui pengajaran di kelas semata2, tetapi lebih dari itu. Ianya adalah fungsi penguasaan persekitaran oleh guru dan orang dewasa. Rasulullah SAW menyebut di dalam sebuah hadis riwayat atTirmizi (dhaif) yang bermaksud: Allah tidak mencipta sesuatu kejadian yang lebih mulia dari aqal.

Lagi akan menyusur...

No comments:

Post a Comment