Monday, April 15, 2013

PTC -- Parent-Teacher Conference

"Children are human beings to whom respect is due, superior to us by reason of their innocence and of the greater possibilities of their future"

"When dealing with children there is greater need for observing than of probing"



Perjumpaan Ibubapa dan guru (PTC) adalah satu detik yang sangat penting untuk anak-anak kita.  PTC adalah temujanji khas.  It's a dating!  

PTC adalah medan untuk para guru dan ibubapa:
- bertemu mata untuk bersetuju (see eye-to-eye) arah-tuju anak kita;
- bertemu untuk memahami potensi diri anak;
- bertemu untuk mempelajari peranan yang boleh dimainkan dengan lebih berkesan;
- bertemu untuk bersatu (syncronizing apps) initipati diri anak;
- bertemu untuk membaik-pulih eko-sistem anak di rumah dan di sekolah;
- bertemu untuk reset minda, menyonsong ke hadapan -- forward and upward! 

Hadhirkan diri kita dengan perasaan gembira.  Kerana perjumpaan ini adalah pembuka mata hati ibubapa dan guru akan hal-ehwal anak di dalam konteks yang lebih luas - rumah dan sekolah.  Excited!  Teruja kerana dua pihak yang matang dari universe yang berbeza berbicara berkenaan sesuatu yang menjadi keutamaan masing-masing.

Ibubapa dan guru-guru yang berperihatin akan menjadikan medan PTC sebagai batu loncatan, bukan batu halangan.  Bercakap dan bersembanglah dengan mesra dan ikhlas.  Dengarlah dengan penuh empati. Rancangkan pencapaian anak bersama-sama.  Jangan gundah sekiranya si anak ditahap yang kurang memuaskan hari ini.  Kerana tujuan kita ialah untuk membangunkan jiwa keilmuan mereka.  

Pastikan di dalam bicara guru ibubapa, kita berbincang berkenaan:
- kesediaan belajar si anak (sila baca post saya berkenaan tajuk ini);
- potensi yang diperhatikan guru di sekolah dan ibubapa di rumah;
- perubahan ketara di dalam sikap;
- tahap kegembiraan anak;
- dan terakhirnya, pencapaian akademi mengikut rancangan guru dan ibubapa.  

Pencapaian akademi bukan bahan bandingan dengan rakan-rakan di kelas.  Ini adalah kesilapan awal menyediakan si anak.  Kita menyediakan kesediaan pembelajaran si anak dari dalam jiwa (internally), bukan semata-mata dari dorongan luar. Menfaatkan PTC - yang untung pastinya anak kita.

Hanya gambar hiasan :-)


No comments:

Post a Comment