Wednesday, August 26, 2009

Cerita Nafeesa Ayesha



Anak-anak di level 1 Sri Ayesha biasa memanggilnya dengan panggilan "teacher Nafeesa" sebab dia pernah mengajar science sebagai substitute teacher selama 3 bulan. Bagi pelajar-pelajar level 2 dan secondary, mereka lebih mengenalinya sebagai 'kakak Nafeesa'... guru debat Bahasa Inggeris. Mungkin ramai parents terbiasa melihatnya di meja depan pejabat Sri Ayesha untuk seketika waktu.

Tak lama lagi Nafeesa akan ke Jordan untuk mengambil ijazah pertama pengajian Islamic Banking di Yarmouk University. Kini sedang menghabiskan minggu2 terakhir program Bahasa Arab (pelajar tajaan JPA di INTEC Shah Alam). Minggu lepas saya sempat ke majlis mini-konvo pelajar2 program Timur Tengah di INTEC. Nafeesa adalah kumpulan perintis pelajar2 Malaysia mengambil jurusan khusus Islamic Banking di Jordan. [Malaysia kini memberi penekanan utama kepada Islamic banking berbanding conventional investment banking untuk menjadikan Malaysia sebagai hub pengurusan sistem kewangan Islam serantau].

Malah, cerita Nafeesa sebagai 'perintis' bukanlah satu perkara yang asing baginya... Nafeesa lahir di Connecticut, USA. Dia menjadi 'perintis' kepada banyak perkara. Beliau merintis jalan menjadi 'test subject' (in a good way that is) untuk kami melihat keberkesanan sistem pembelajaran Montessori sewaktu di New York (kindergarten) dan seterusnya pada peringkat Primary di Virginia, USA. Sewaktu itu, kami berpindah dari Stamford, Connecticut ke Reston, Virginia kerana saya berpindah kerja. Beliau melalui 'sensitive period' dan 'normalization stage' pada tahap pembelajaran di Montessori Schools. Apatah lagi Ummu Nafeesa juga telah berkesempatan mengajar di beberapa buah sekolah di sana. Beberapa projek masyarakat tempatan Islam telah dijayakan di beberapa kawasan di greater Washington area yang mengadunkan Montessori dan pengajian Islam secara lebih bersepadu. Ianya amat berjaya kerana falsafah utama Montessori adalah mengikut 'laws of nature' atau dalam vokabulari Islam di sebut sebagai sunnatullah ie 'fitrah' sebagaimana yang diriwatkan oleh Bukhari, sabda Rasulullah SAW yang bermakdsud: “Tiada bayi yang dilahirkan melainkan dilahirkan dalam keadaan fitrah. Maka kedua ibu bapanyalah yang akan menjadikannya Yahudi atau Nasrani atau Majusi.” Montessori mementingkan penjagaan dan penguasaan persekitaran di dalam pembangunan anak-anak. Yang lebih memudahkan ialah teknik dan protokol pengajaran telah dibangunkan dan sentiasa diperbaharui oleh pengamal2 Montessori. [saya akan sentuh di posting lain mengenai ini]

Justeru Sri Ayesha digagaskan untuk itu. Sudah tentu Ayesha adalah nama hebat berasaskan ibu para mukminin - Saidatina Ayesha (ra); sedang Nafeesa yang bermaksud bernilai adalah bersempena nama salah seorang guru Imam as-Shafie (ra). Nafeesa turut menjadi test subject - perintis - di Sri Ayesha yang bermula hanya dengan 15 orang pelajar. Kerana pendekatan Montessori memberi ruang untuk anak-anak membangun mengikut tahap mereka, Nafeesa telah banyak mempelajari ilmu dan pengalaman lebih dari yang disediakan. Kumpulan perintis ini juga telah menampakkan kesan self-liberty dan daya kreativiti yang tinggi. Hampir semua ibubapa dapat melihat kadar self-confidence mereka lebih tinggi. Itulah yang sentiasa ditekankan oleh Ummu Nafeesa juga - courage, independence and creativity.

Pada satu pertandingan awal yang disertai pada 2001 yang melibatkan sekolah2 antarabangsa di Muzeum Kesenian Islam KL, Nafeesa menjadi perintis mewakili Sri Ayesha beserta beberapa rakan2 yang lain. Teacher Suhaila Mohamad terlibat secara langsung menggilap bakat Nafeesa di bidang perucapan (public speaking). Bakat yang sama turut dibangunkan untuk Abdullah Fakhry & Abdul Fattah.

Pada pertandingan yang ditaja bersama oleh Nestle dan Muzeum Kesenian itu, saya dan Ummu Nafeesa tidak berkesempatan mendengar kepetahan Nafeesa berucap. Kami masuk ke dewan pidato agak lewat dan Nafeesa telah selesai berucap. Saya sempat mendengar seorang pemidato selepasnya dari sekolah antarabangsa KL berucap dengan sangat petah dan meyakinkan. Saya agak teruja.

"Your daughter is much better than this speaker," kata salah seorang dari ibubapa yang hadhir sambil menunjukkan jari ibu sebagai tanda 'best'. Saya kira dia hanya ingin memberi semangat kepada saya. Saya mengangguk saja. Apabila pengumuman nama pemenang kedua terbaik dibuat, seluruh dewan bersahutan dan mengelilingi Nafeesa kerana mereka dapat agak Nafeesa lah yang akan menjadi johan! Beliau berjaya menjadi johan perintis program yang dianjurkan itu. Piala dan hadiah yang diterima hampir separuh dari saiz badannya! Dari situ saya dan Ummu Nafeesa melihat bakat yang mampu dibangunkan untuknya. Kecil2 cili api!

Nafeesa juga menjadi perintis pelajar Sri Ayesha ke Maahad Hamidiah Kajang. Saya dan Ummu Nafeesa agak terkilan kerana kami tidak boleh menyediakan program Secondary Sri Ayesha lebih awal. Tapi kami bertekad, walau di mana sekalipun Nafeesa (dan alumni Sri Ayesha berada), acuannya mestilah Sri Ayesha. Kami telah memulakan kelab debat Bahasa Inggeris di Maahad Hamidiah sewaktu Nafeesa di tingkatan 2. Dengan kerjasama yang amat baik dari guru Bahasa Inggeris (T. Shazlina) di Maahad, kami membawa beberapa jurulatih debat dari luar untuk memperkenalkan mereka kepada Parliamentary style of debating. Turut diadakan pertandingan persahabatan antara sekolah. Debate team Maahad semakin menyengat setelah beberapa tahun mencuba nasib. Akhirnya pada tahun 2008, sewaktu Nafeesa akan menduduki peperiksaan SPM, mereka menjadi 2nd runner-up di peringkat final IIUM interschool debate Championship! Sewaktu ditemuramah oleh Speaker Dewan sebelum acara debat bermula, apabila ditanya apakah cita-cita beliau, Nafeesa menjawab...ingin menjadi Investment Banker... (ha.. nak ikut jejak langkah saya la tu...) Pada masa yang sama Nafeesa turut merintis beberapa kemenangan besar di kejohanan kebangsaan dalam katagori English public speaking.

Nafeesa seterusnya 'memperturunkan' ilmu debatnya kepada para anak2 di secondary selepas SPM ie sewaktu beliau 'attached' di Sri Ayesha selama beberapa bulan. Tak henti2, setiap petang selepas sekolah - debate, debate and more debate! Kejohanan MUSLEH Interschool Debate telah membuktikan hasil kerjanya yang telah berjaya melahirkan 'champion' debaters di kalangan anak2 di Sri Ayesha. Apabila ditanya oleh salah seorang adjudicators kepada beliau, bagaimana dia melatih team Sri Ayesha? Nafeesa kata, "I taught them how to think... the rest, they do it on their own!". Saya agak teruja dengan jawapan tersebut, kerana itulah premis dan acuan yang ingin dibangunkan di Sri Ayesha. Manusia yang boleh berfikir dan menggunakan kehebatan otak yang dikurniakan ALlah SWT. I'm impressed!

Oleh kerana 'perintisan' hidup Nafeesa masih belum selesai, saya tinggalkan untuk anak2 lain menerokai banyak lagi cerita2 beliau apabila berkesempatan kelak. Saya dan Ummu Nafeesa sentiasa terbuka untuk anak2 alumni yang lain berhubung dan berbincang perancangan masa depan mereka. Terima kasih kepada semua guru-guru yang banyak membantu. Moga Allah memberi keberkatan di dalam hidup kita semua - dunia & akhirat.

[This was Nafeesa with Fakhry celebrating Eid in Connecticut, many years ago...]






Disclaimer: If Nafeesa happened to read this article, I hope you enjoy the snapshot of your life being shared here with young brothers & sisters at Sri Ayesha ;-)

No comments:

Post a Comment