Friday, December 11, 2009

Islamic, Scientific & Strategic!


Seperti biasa, hujung tahun adalah waktu yang diperuntukkan untuk Teacher's Training session bagi menilai keberhasilan pengajaran dan mengadakan perancangan seterusnya.  Antara perkara yang saya tekankan kepada guru-guru ialah kemahiran perancangan - samada perancangan diri, perancangan mengajar atau perancangan program di sekolah.

Ada beberapa pertimbangan yang wajib diambil kira.  Perkiraan pertama ialah Islamic.  Adakah ianya bertepatan dengan prinsip shara' (mengambil kira Maqasid Shariah iaitu keperluan asas shariah bagi menjaga kebebasan jiwa, keutuhan maruah, ketulusan aqal dsg).


Seterusnya, kita mengembangkan kepentingan scientific di dalam tatacara dan kerja seharian sebagai guru.  Di Sri Ayesha - dalam apa juga keadaan semasa proses pengajaran dan pembelajaran - guru wajib mengadakan pemerhatian scientific iaitu memerhati, menganalisa, menguji, mengkatategori, merumus dan mengandaikan beberapa kemungkinan dari sesuatu kejadian.  Selagi mana tiada keputusan yang hampir kepada muktamad, sesuatu pemerhatian hanyalah teori yang perlu diuji dan dikenalpasti.  Guru dan ibubapa harus fahami ini sekiranya kita serious membangunkan diri dan potensi si anak.


Seterusnya, kita mestilah membuat penialain yang strategic - iaitu mengambilkira apa, kenapa, bila dan bagaimana sesuatu keputusan dibuat.  Kita harus mengenalpasti keutamaan-keutamaan bagi diri si anak (bukan keutamaan diri kita orang dewasa).  Kita harus mengambilkira tempat dan keadaan apabila merencana dan melaksanakan sesuatu keputusan bagi diri si anak.  Pokoknya, si anak itulah yang menjadi paksi kita merancang dan bertindak berdasarkan pertimbangan yang Islamic, Scientific & Strategic.



Ada satu kisah benar yang ingin saya kongsikan di sini.  Saya pernah menjadi 'moderator' kepada suatu perbalahan antara dua rakan.  Mereka berdua dalam lingkungan awal keremajaan dan banyak idealisma yang mempengaruhi corak pemikiran dan pertimbangan.  Yang menariknya, mereka berbahas dan bertelingkah mengenai pandangan Islamic dan yang 'lebih tepat' tentang kewajipan dan tatacara dakwah 'menegakkan Islam' pada masa kini.

Rakan A (saya namakan sebagai Aslan) berpandangan (dan percaya) bahawa sudah 'sampai masanya' orang Islam lebih bertegas berhadapan dengan orang bukan Islam terutamanya Amerika dan sekutunya - secara kekuatan dan kekerasan.  Bagi Aslan, mereka wajib diperangi!  Tiada 'but' and 'if'...

Rakan B (saya namakan sebagai Bambang) berbeza dari sudut rasional.  Bambang berhujjah dengan lebih rasional dan mengambil jalan 'keamanan' sebagai tindakan yang sepatutnya dilakukan - samada ke atas mereka yang memerangi umat Islam atau tidak.

Perbahasan menjadi semakin panas apabila kedua-dua 'stuck' dengan modal penghujahan.  Apa yang boleh dilakukan hanyalah mengulang-ulang bidasan menyebabkan keadaan menjadi agak tegang.

Aslan: Kita boleh perang lawan mereka!
Bambang: Itu adalah pandangan ekstrem!  Islam bukan ekstrem!  Awak perlu nilai hadis.
Aslan: Jadi awak setuju mereka perangi orang Islam di Irak & Afghanistan?
Bambang: Hah...kalau nak sangat perang pergilah ke sana!
Aslan: Kalau kita jumpa mereka kat sini pun kita boleh perang mereka!
Bambang:  Mana boleh... mereka bukan nak perangi kita di sini.  Islam bukan agama ganas.
Aslan:  Mana awak tahu?
Bambang: Awak pun mana tahu?

Memang ada beberapa hujjah yang digunakan oleh kedua2 merujuk kepada hadis, seerah dan mengambil pandangan beberapa orang alim di dalam penghujahan mereka.  Namun perbahasan bertukar menjadi pertelingkahan, ingin menegakkan pandangan masing2.  Saya hanya diam mendengar dan memerhati...Seperti biasa, bilamana pertimbangan akal sudah terbolos dan kemarahan menyelinap masuk, maka syaitan akan mengambil peluang.

Bambang:  Pandangan awak adalah pandangan jahil, hanya orang jahil saja yang berpandangan sebegitu!
Aslan:  Awak lagi jahil sebab tak tolong orang Islam!

Bambang sudah hilang pertimbangan menyebabkan satu hanyunan lempangan diarahkan ke muka Aslan.  Aslan menangkap dan membalas serangan dengan 'cengkaman harimau' hinggap ke leher Bambang.  Keadaan sudah diluar jangkaan, terus saya melompat dan memeluk kedua-dua rakan ini.  Suara tangisan sudah kedengaran...bukan sebab sakit di lempang atau di cengkam, tetapi kerana pandangan diri kini terlalu kuat dipersoalkan.  Tak mau kalah!

Pada 15 minit pertama saya membuat beberapa pemerhatian scientific perihal perbincangan dan penghujahan masing2 (sewaktu perbahasan).  Tetapi keputusan pemerhatian bukan untuk saya kongsi dengan kedua sianak ini kerana secara strategic-nya penelitian tersebut ialah untuk saya.  Yang lebih strategic untuk saya ialah berperanan me 'moderate' kan penghujahan tanpa menyentuh ego pandangan masing-masing.  Saya mengulangi penghujahan mereka berdua (sambil kedua-duanya duduk mengesat linangan airmata, mendengar 'keputusan' saya).  Saya ulangi beberapa kata-kunci agar ada kejelasan bagi kedua-duanya.


Seterusnya, saya distract penghujahan mereka kepada sesuatu yang lebih strategic untuk difikirkan.  Isu persaudaraan Islam & kepentingan mengadakan persediaan kekuatan (minda, ilmu, ekonomi, ketenteraan dan sbg) sebab itulah yang ditunjukkan oleh Rasulullah (SAW).  Saya putuskan untuk masing-masing melakukan kajian (research) tentang kata-kunci baru yang diperkenalkan sebagai unjuran kepada perbincangan yang menarik tersebut.  Keputusan akhir, saya beri 1-1 (seri) sebab penghujahan adalah berasas tetapi kedua-duanya kurang tepat berstrategi mengakibatkan pergaduhan kecil.

No comments:

Post a Comment