Saturday, October 24, 2009

Mengawasi Persekitaran

Pada posting yang lepas, banyak telah dibicarakan mengenai teknik2 yang perlu digunakan melalui pendekatan Montessori.  Satu perkara yang penting ialah mengawasi persekitaran secara keseluruhan - well-being of total environment.

Mengawal persekitaran adalah satu kaedah yang perlu digunapakai oleh kita orang dewasa ketika proses pembentukan anak-anak berjalan agar objektif 'normalization' tercapai.  Ianya memerlukan perlaksanaan yang bersungguh dan betul, mengikut protokol2 yang telah dikenalpasti antaranya:

Indirect Influence (Pengaruh tidak langsung)

“The teacher’s first duty is therefore to watch over the environment…its influence is indirect, but unless it be well done there will be no effective or permanent results of any kind, physical, intellectual or spiritual.” - Dr. Maria Montessori (from Absorbent Mind)


Kita melahirkan normalization (ie tahap harmoni diri anak-anak yang kembali kepada fitrah asal) dengan kesungguhan dan komited kepada sunnatullah (laws of nature).  Tugas utama kita adalah mengawal persekitaran secara keseluruhan secara yang boleh digarap (tangible) yang terdiri dari kehadhiran anak-anak lain (kawan-kawan), benda-benda fizikal dan kehadhiran orang dewasa.  Justeru, kita perlu memerhati ketiga-tiga elemen ini dari mempengaruhi proses normalization ini secara tidak langsung...

Removing the Obstacles (Menjauhi Halangan-halangan)

“…we must therefore create a favorable environment…all that is needed is to remove the obstacles.”


Hakikatnya, kita mengawal persekitaran - bukan mengawal si anak!  Tugas kita ialah menyediakan persekitaran yang baik dan menjauhi elemen-elemen yang disebut tadi mengganggu dan mempengaruhi anak-anak.  Sebagai orang dewasa, kita wajib membuat analisa yang kepada persekitaran semasa yang dihadapi si anak.  Setiap persekitaran berbeza, walupun bunyinya hampir sama.  Justeru tindakan yang diambil oleh kita juga akan berbeza.  Ini adalah penting untuk difahami.  Di dalam persekitaran yang hadhir kesemua elemen-elemen yang boleh mempengaruhi si anak, kita haruslah mempunyai keutamaan2 tindakan (priority). Dimulai dengan mengawal elemen yang akan membahayakan si anak secara fizikal kepada yang paling kurang bahaya seperti sianak yang suka berfantasi.

No comments:

Post a Comment