Biasa juga orang memandang serong kepada single parent, kerana pelbagai kesimpulan cukup mudah digunapakai, walaupun ianya jauh meleset. Begitu juga bagi anak tunggal...ramai yang menganggap ianya satu privilege kerana segala bentuk nikmat dan kesenangan akan dicurah kepada anak ini demi menjaga satu2nya 'saham ibubapa'.
Pengalaman dan pengamatan kita mendapati cabaran bagi ibu tunggal yang terpaksa menjaga beberapa orang anak berbanding dua orang (ibu dan bapa) yang hanya menjaga seorang anak tunggal agak menghairankan. Boleh disimpulkan:
- Hampir 100% ibu tunggal berjaya di dalam membangunkan anak2nya;
- Lebih 70% dari anak2 tunggal (the only child in family) memberi masalah kepada ibubapanya di dalam proses pembangunan anak tersebut;
Adakah kerana keperluan untuk melihat kejayaan anak2, ada ibu tunggal yang bertungkus-lumus menempuh survival kehidupan bagi memastikan kejayaan benar2 menjadi kenyataan. Atau, adakah kerana ibubapa hanya memiliki seorang cahayamata maka segala macam kemudahan disediakan untuk anak tersebut, sehingga hidup anak tidak lagi menjadi satu struggle mencari kejayaan...
تَبَـٰرَكَ ٱلَّذِى بِيَدِهِ ٱلۡمُلۡكُ وَهُوَ عَلَىٰ كُلِّ شَىۡءٍ۬ قَدِيرٌ (١) ٱلَّذِى خَلَقَ ٱلۡمَوۡتَ وَٱلۡحَيَوٰةَ لِيَبۡلُوَكُمۡ أَيُّكُمۡ أَحۡسَنُ عَمَلاً۬ۚ وَهُوَ ٱلۡعَزِيزُ ٱلۡغَفُورُBlessed is He in Whose hand is the Sovereignty, and, He is Able to do all things. (1) Who hath created life and death that He may try you which of you is best in conduct; and He is the Mighty, the Forgiving, (2)
(Surah al-Mulk)
(Surah al-Mulk)
Oleh kerana ianya boleh menjadi satu fenomena di dalam masyarakat, sayugialah kita semua memainkan peranan yang lebih positif di dalam menangani keadaan ini. Terima kasih!
No comments:
Post a Comment