Saturday, September 5, 2009

Mencari Kemenangan



1. Sedikit nuktah sejarah untuk renungan kita bersama. Jika diteliti, kita dapat merumuskan beberapa pengajaran yang agak kurang diberi keutamaan walaupun ianya menjadi sebab kemenangan ummah di bulan ramadhan... Perhatikan apa yang berlaku di dalam sejarah kemenangan ummah ini:
  • Perang Badar - 17 hb ramadhan 2 Hijrah;
  • Pembukaan Makkah - 20hb ramadhan 8 Hijrah;
  • Pembebasan Aqsa oleh Salahuddin Al-Ayubi di bulan ramadhan;
  • Lebih sepuluh peperangan dan pembukaan yang memenangkan pihak Muslimin pada bulan ramadhan termasuk mengalahkan askar Tartar, pembukaan Andalusia oleh Tareq bin Ziad berlaku pada 28hb ramadhan 92 Hijah, penaklukan Spain...

2. Lain pula ceritanya muta'akhir ini, rata2 kita lebih hebat 'menakluk dan membebaskan' rasa lapar 12 jam berpuasa dengan program berbuka puasa di sana-sini. Samada di kalangan ahli politik, ahli ibadat, ahli penghibur atau sesama kenalan... semua agak teruja dengan program sebegini. Bukan tak baik memberi makan orang berpuasa, cuma keperluan untuk itu tidaklah menjadi keutamaan di Malaysia (yang rakyatnya bukan kebuluran), sehingga menjadikan ia sebagai satu budaya baru menjelang puasa. Mungkin ada keperluan berbuat sedemikian (program iftar) untuk golongan yang betul2 berkehendak sahaja...

3. Apa keutamaan amal untuk kita pada waktu ini (di bulan ramadhan)? Tidak lain dan tidak bukan ialah membina sumber yang boleh membawa ummah ke arah kemenangan dan kebebasan. Maknanya, jika kita seorang pelajar, maka penguasaan ilmulah yang lebih penting untuk kita pertingkatkan pada bulan ini. Sekiranya kita seorang guru, maka tingkat pengajaran dan penyampaian ilmu mesti diperkukuhkan lebih dari bulan2 yang lain. Sebagai ibubapa, ramadhan adalah bulan untuk menghasilkan anak2 yang soleh pada peringkat yang tertinggi. Begitu juga jika kita yang bekerjaya di dalam pelbagai bidang dan pengkhususan kerja, wajiblah kita meningkatkan produktiviti kerja semaksima mungkin lebih dari bulan2 yang lain. Itulah ruh dan semangat ramadhan yang boleh saya nukilkan dari pengalaman2 ummah ini di era kegemilangan. Peningkatan produktiviti ini mestilah disalurkan untuk mencapai sesuatu kemenangan yang nyata seperti di dalam sejarah.

4. Bulan ramadhan (sepatutnya) bukan lagi bulan membuat revision soal hukum-hakam berpuasa. Ini sepatutnya dilakukan pada bulan Sya'ban seperti dilakukan oleh Rasulullah SAW dan para sahabat! Bulan2 lain adalah untuk persediaan melonjak darjat kita di bulan Ramadhan. Justeru bulan ramadhan kini menjadi batu loncatan untuk kemenangan, bukan permulaan persediaan. Saya tahu, pandangan ini adalah 180 darjah bertentangan dari pandangan kebanyakkan kita. Apa yang kita faham ialah menjadikan bulan ramadhan sebagai bulan tarbiyah bagi mengumpul kekuatan untuk melalui bulan2 seterusnya. Saya lontarkan di sini, jika beratus tahun kita mempunyai pandangan sebegini dan masih tewas dan lemah, kini sampai masanya kita mengubah paradigma ini!

5. Tidak dinafikan banyak bentuk kemenangan disasarkan terutamanya yang bersangkutan dengan kebersihan diri sendiri. Cuma persoalannya: Kenapa 'kebersihan diri' yang dikejar itu gagal membawa natijah kemenangan kepada ummah? Rumusan dhaif saya menyatakan bahawa kita masih di peringkat fatamorgana; banyak mengharapkan rahmat, maghfirah dan keselamatan dari neraka Allah sahaja secara superficial. Semua ini boleh menjadi satu deception yang menjauhkan ummah kepada keunggulan Iman & Islam yang sebenarnya. Adakah kita menuntut rahmat dan maghfirah Allah dengan bersembahyang tarawih sahaja? Kita perlu menifestasikan pengharapan ini dalam bentuk kerja.

6. Mampukah kita memperolehi rahmat Ilahi sekiranya kita cuma berdoa dan solat? Rasulullah SAW pernah mengarahkan wanita2 Ansar untuk mengerjakan Umrah di bulan Ramadhan kerana ianya sama dengan Haj (Hadis riwayat Nasa'i). Lakukan Umrah, maka rahmat Allah SWT akan mencurah2 sebagaimana pahalanya sebuah Haj. Begitu juga Qiam dsgnya. Kita hanya boleh mendapat maghfirah (keampunan) sekiranya kita ada melakukan kesalahan dan berdosa (tidak dapat tidak). Jika kita belum mencuba dan gagal melaksanakan sesuatu amal, di mana maghfirah Allah SWT akan diperturunkan? Seperti seorang guru yang menyediakan 'markah kesian' kepada mereka yang mencuba tapi gagal menjawab soalan. Kena jawab dulu baru dapat markah kesian. Bagi saya, konteks yang harus dibaca di sini ialah bersifat present & future (kini dan akan datang), bukan semata2 yang lepas2 (past) seperti yang selalu dipertekankan. Jika tidak, sejarah ummah pasti salah!

7. Cara ummah dulu berfikir banyak bezanya dengan kita yang sudah sekian lama tewas! Kita mengharap, mereka mencuba. Kita mengandai, mereka merancang. Kita melihat yang lepas, mereka melihat yang sekarang dan yang akan datang...

Yang benar adalah milik Allah SWT, dan saya memohon maghfirah dariNya dari segala kesilapan dan dosa. Dari Ayesha (ra) maksudnya: Saya pernah bertanya Rasulullah, sekiranya saya bertemu lailatul qadar, apakah yang perlu saya lakukan? Maka Rasulullah SAW menjawab, bacalah doa berikut:

اللَّهُمَّ إِنَّكَ عَفُوٌّ، تُحِبُّ الْعَفْوَ، فَاعْفُ عَنِّى

Ya Allah, Engkaulah yang Maha Pengampun dan cinta memberi keampunan, maka ampunilah kesalahanku...
(Hadis Sahih riwayat AtTarmizi)

No comments:

Post a Comment