- Spirit of Love;
- Basic Needs & Human Rights;
- Self Awareness;
- Community Awareness;
- Cultural Awareness; and
- Environmental Awareness.
![](https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEhLDZMQHpTkN7KYcAbymnp0ieonNR99bMgvDbxv3WjjHx01ZOyzHGPMW4e-QGnCT5J4kdqPrDuDyJrvqq0f4xsKPMbnYtulopAjxwbfIW2RQsnS4aQKbu0JXD2VmPM2vwZvziec9v5TdFHL/s200/100_3522.jpg)
![](https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEi194rJH1AQcy5obsyajGX7oec2H54Czw-mnMhMj2O_H5iTMjLdo7AE35BBsEhG_1B39ZWHjMpcWXqLTpVS-81rptpZWtjXp27WMfQZTLrt03zfFkrBIFhLJrfLaF1bOqBcPxaO6C7Kmvtl/s200/renovate+hati.jpg)
Berbalik kepada modul2 yang cuba diterapkan pada persekitaran anak2 kita di sini, ianya amatlah mustahak untuk dimengerti oleh guru2 dan ibubapa. Peace adalah kata hati (inner speech) anak2. Saya ingin kaitkan hal ini dengan beberapa postings saya yang lepas. Satu darinya adalah mengenai kes anak tunggal dan ibu/bapa tunggal.
Terlebih dahulu biar saya beri sedikit background mengenai tahap pembangunan: Anak2 akan melalui beberapa peringkat di dalam pembangunan dirinya. Peringkat awal (0-6 tahun) ialah peringkat 'penyerapan minda'. Ini adalah peringkat sensitif (sensitive period) yang akan dilalui oleh semua anak2. Peringkat ini hanya berlaku sekali di dalam kehidupan dan akan membentuk lebih dari 60% perihal/peril
Kita memperkenalkan putik2 Peace Flower pada peringkat kindergarten. Seterusnya, pada peringkat Primary, peace flower ini kini sudah 'berbunga', menjadi sebagai kerangka untuk menggambarkan apa yang kita lakukan (dan akan kita lakukan) sepanjang hari/minggu menyentuh kesemua elemen2 utama seperti yang disebutkan di atas. Ianya akan sentiasa dijaga dan dibajai sepanjang masa bagi mengeluarkan kuntuman bunga yang indah kelak...
Apa kaitannya dengan kes anak/ibu/bapa tunggal yang pernah diperkatakan sebelum ini? Mungkin perlu diperhalusi apa yang telah berlaku sewaktu tahap sensitif anak itu? Samada peace flower tidak tersemai dan putik awal gagal berkembang. Adakah kata hati anak dibentuk sebaiknya justeru mendorong segala tingkah-lakunya kearah kebaikan? Apakah persekitaran yang disediakan pada tahap-tahap ini mendorong kepada peace - keamanan dan kesejahteraan jiwa anak? Inilah yang perlu diperhatikan oleh kita insan dewasa. Anak-anak yang bermasalah mempunyai konflik dalaman hasil dari ketiadaan kata hati.
![](https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEgpjTFXEaRrRTAQS4Hj7W0tC5RYEaoCK6bKsdMdRSe7DD29EUN0I6vE4jNq9msK6lKruT6gyAS5TXcpXFkwiBIs_tXjULbi2VlMW2nu5wXZE7BHtk2dTk1YpN3Un_85SE21eBIIwFO_6k2u/s200/rasulSAW.jpg)
Pada peringkat Primary, kuntuman peace flower akan melahirkan kesedaran diri (self awareness). Kita cuba lahirkan kesedaran ini melalui aktiviti yang membentuk jiwa, bangga kepada keindahan, membangunkan talent & creative potential dari setiap diri anak2. Persembahan dan penglibatan anak2 di dalam aktiviti sebegini di Sri Ayesha sebenarnya mengembangkan kuntuman bunga peace flower yang ingin kita jelmakan di dalam diri mereka. Berilah sokongan dan dokongan kepada mereka... Ianya adalah aktiviti terancang untuk tujuan yang jelas bagi pengukuhan jiwa anak2. It means a lot for a child to know that the parents are appreciative of their involvement at school (not necessarily academic-related activities only). Sepanjang pengetahuan saya, Ummu Nafeesa dan saya akan memastikan salah seorang dari kami akan bersama anak2 di dalam setiap aktiviti dan kejuaraan yang dimasuki mereka (samada peringkat sekolah, daerah, negeri, kebangsaan, international). Sekiranya saya di Dubai, saya akan membuat panggilan talipon memberi sokongan akhir kepada mereka. Pernah beberapa ketika, saya menjadi penasihat debate dari Dubai mengulas isu2 (motions) yang akan diperbahaskan di dalam pertandingan di UIA beberapa tahun yang lepas.
Posting akan datang, membangunkan elemen2 lain di dalam peace flower
No comments:
Post a Comment