Tuesday, August 4, 2009

The World Is Flat!



Saya baru saja menamatkan hari kerja saya. Jam dah mencecah angka satu (pagi). Kerja saya terbina dari rentetan tugas dan putaran bumi. Bumi berputar menentukan waktu siang dan malam; tugasan di Kuala Lumpur bermula menyambung tugasan di New York, sementara 'kerja2 kasar' akan diambil-alih di pejabat Dubai beberapa jam kemudiannya. Kerja saya? Fikir & rancang. Terbang sana sini, fikir dan rancang semula. Mesyuarat sana sini... fikir, bahas, analisa dan buat keputusan! Macam mana boleh buat semua ni? (Alhamdulillah, saya turut berkesempatan menghadhirkan diri ke Sri Ayesha di kala-kala tertentu. Sekolah mampu menginjak minda saya kepada satu yang lebih real - iaitu pembangunan anak-anak)

Thomas Friedman, pengarang buku "The World Is Flat" membuat kesimpulan bagaimana perubahan politik dan teknologi telah meratakan bumi yang sepatutnya bulat! Saya pernah berkongsi maklumat buku ini pada awal tahun ini (sewaktu Reading Month di Sri Ayesha). Teknologi menjadikan seolah-olah masa dan perlaksanaan kerja tiada releven. Seorang pelajar tingkatan 2 (Syed Abdullah) terus bertemu saya selesai briefing dan bertalu-talu bertanyakan mengenai komputer, teknologi dan hacking. (Syed nak jadi computer scientist. InsyaALlah berjaya!). Saya terangkan semudah mungkin hal yang bersangkutan. Nasib baik syarikat pelaburan kami terlalu banyak tertumpu kepada syarikat teknologi, membuatkan sebarang perkembangan saya ikuti dengan lebih dekat.

Case in point, sewaktu syarikat kami memulakan operasi di Dubai pada awal tahun 2000, Dubai hanyalah sebuah padang pasir! Syarikat kami antara yang terawal dijemput mengadakan operasi di Dubai Internet City. Pada waktu itu, Menteri Ekonomi sekarang, Shaika Lubna (antara wanita berkuasa di Middle East) masih lagi Pengerusi syarikat at-Tijari. Beliau bersungguh2 mengajak kami mengadakan operasi di sana. Ceritanya panjang! Apa yang ingin saya kongsikan di sini ialah Dubai kini berjaya menyama-ratakan masa ke serata dunia. Kepentingan untuk kita menguasai teknologi di dalam kehidupan adalah 'no-brainer', kerana penguasaan ini telah bermula pada era pengenalan internet di awal 90an lagi - dan dikuasai barat sepenuhnya. Teknologi tidak semestinya bergantung kepada peralatan semata-mata; bahkan teknik2 bagi mempercepatkan keberhasilan dan memantapkan perlaksanaan perlu diterokai dengan lebih rancak.

Persidangan 'meja bulat' di Burj Al-Arab awal tahun arah tuju pasaran saham Timur Tengah. Alhamdulillah, dana yang saya tadbir urus - Dubai Growth Fund Enmaa' masih menduduki tangga teratas!

No comments:

Post a Comment