Tuesday, August 4, 2009

Tak pe tak salam...

Tradisi Melayu sentiasa menimbang 'saham' seseorang dari kaca mata kasar. Dia baik atau kurang baik diukur sama ada dia melakukan sesuatu 'kebiasaan' atau uruf yang diterima ramai. Walaupun kadang2, amalan tersebut bukanlah berasal dari tradisi Melayu asal atau menjadi kepentingan shara' (Islam).

Sebagai contoh, bersalaman apabila bertemuan. Apabila seseorang menghulur tangan, seorang lagi akan menerima huluran tangan tersebut dan bersalaman. Baik! Tapi kalau salah seorang menghidap flu (atau sebarang penyakit yang mudah berjangkit - sakit mata, batuk, selsema, campak etc); kita 'dibentuk' untuk mengutamakan kebiasaan semasa dan menyembunyikan kemudharatan diri (walaupun tidak dipaksa). Kadang2 sebab nak 'jaga hati', malu dan sebagainya. Tidak perlu!

Tujuan shariah sama sekali diketepikan. Abu Ishaq al-Shatibi mengulas hal ini antara lain, tujuan shariah (Maqasid al Shariah) ialah menjaga, mengawal dan membangunkan kepentingan seluruh kejadian Allah SWT (manusia dan kejadian lain). Jika kita berhadapan dengan jangkitan, jauhkan diri dari yang lain agar ianya tidak menular. Justeru mengakibatkan kemusnahan diri, keluarga dan masyarakat lain. Kenapa kita tidak boleh berterus-terang? "Maaf, saya demam, nanti jangkit..."

Tak semestinya wabak H1N1 baru kita mula perihatin tentang penularan wabak. WHO menyebut "Influenza is an acute viral infection that spreads easily from person to person". Senang berpindah hanya dengan sentuhan, bersin, batuk, berkongsi bekas makan/minum dan sebagainya.

Lantas, selepas bersin tolong basuh tangan. Kalau anak-anak kita mengidap sakit berjangkit, tak perlu dedahkan dia kepada rakan2 lain, kecuali dengan penjagaan yang betul (mask etc). Guru2 jika menghidap selsema, tidak perlu menerima salam & ciuman anak-anak walaupun itu adalah 'daily routine'. Beritahu mereka kita ada selsema. Tunjuk tauladan yang betul, nescaya anak-anak akan menjadi manusia yang terbiasa menjelmakan 'maqasid al-shariah' dalam kehidupannya. Sebar (ucap) salam adalah sunnah yang dituntut. Sebutlah Salam dengan sebaik2nya kepada sesama kita. Tapi kalau nak salam, pastikan kita bukan penyebar penyakit. Tidak patut selepas mengucap doa' dan Salam kepada sesama kita, tiba-tiba kita 'memberi' sentuhan bervirus! Tak baik kan?
Inilah suasana di Hospital Serdang semalam. Fakhry mengidap demam panas semenjak hari Jumaat. Hari sabtu, dia terpaksa mendapatkan nebulizer untuk serangan asthma di AZIM. Hari isnin, dia mengadu kebas tangan dan kaki. Kami bergegas ke KPJ, tetapi disekat dipintu masuk dan di arahkan ke Hospital Serdang... Setelah hampir 5 jam berbaris dan menunggu, ujian darah menunjukkan tiada sebarang jangkitan H1N1. Alhamdulillah...

No comments:

Post a Comment