Wednesday, August 5, 2009

Kisah Benar: Penumpang di tepi jalan... (Bhg. 2)


Beberapa minit kemudian hujan turun renyai-renyai. Di dalam kepala, saya membuat beberapa perkiraan. Nak hantar ke pusat kebajikan masyarakat? Nak bawa balik ke Sri Ayesha? Nak jadikan anak angkat? Nak drop kat Petronas..?

"Adik dah pergi minta bantuan Jabatan Kebajikan?" Saya bertanya ringkas.
"Dah... Hari tu dorang datang kat rumah nenek."
Saya mengangguk lega. "Bagus!"
"Sekali jer Pakcik. Waktu nak pilihanraya..." tambahnya selamba.
Hah? Saya terperanjat dan agak tersenyum.
Dasar bantuan pilihan raya, detik saya.

Saya dail isteri dan bertanyakan satu tempat yang menempatkan anak-anak yatim. Perkiraan saya untuk menempatkan dia ke sana. Azizah agak curiga dan khuatir keselamatan saya. Mana boleh pick-up just about anyone. How do you know he is for real. He can overpower you and steal your money etc etc etc... Saya katakan padanya: It's ok. I know what I'm doing. The boy looks totally harmless. I want to help him.
Saya berbahasa Inggeris didalam talipon kerana tidak mahu budak tu faham perbicaraan kami.

"Dik, acik nak hantar adik ke rumah anak yatim dekat tempat acik. Kalau ada masalah Pakcik datang bantu," saya bersuara...agak serius.
"Tak nak. Saya kena bantu nenek. Nenek dah tua."
Hmm...pulak.


"Dik, kamu kena sentiasa solat dan doa banyak2. Nanti ALlah permudahkan." Saya dah nak mula bersyarah...
"Saya tak tau solat"
"Apa?"
"Saya solat ikut2 jer"
"Kamu tak pernah belajar solat?"
"Dulu ade, kat sekolah rendah...tapi dah tak ingat..."

Ini serangan sudut yang tak dijangka. Saya menghentikan Rexton di bahu jalan. Hujan masih turun. Tidak nampak kenderaan lain. Saya pandang tepat ke matanya dan memulakan syarahan agama 101. Pasal ALlah; pasal kekuasaan dan rahmat Allah; pasal rezeki; pasal kesusahan hidup; pasal usaha; pasal keberanian; dan berbagai lagi. Saya kurang pasti sama ada dia betul2 faham butiran bicara saya. Yang paling saya tekankan adalah pasal solat. Ada hajat, solat. Ada masalah, solat. Ada senang, solat. Ada sakit...pun solat. Kalau tak solat...banyak masalah!

Saya dah kepenatan. Kering mulut dibuatnya. Teruja dan terhiba. Perasaan bercampur2.

"Kalau saya hantar awak ke Petronas, awak pandai balik?"
"Ya," jawabnya selamba.
Macam dah ada pengalaman, detik hati kecil saya.

"Ok. Pakcik hantar awak ke masjid. Awak jumpa orang kat masjid, cerita pada imam. Suruh dia ajar solat," saya memberi arahan tegas.
"Baik acik!" Jawabnya penuh kerelaan.

"Pakcik ada duit tak? Saya belum makan...semenjak pagi"

Sedih mendengar permintaan adik tu yang kini menyerah kalah kepada takdir. Saya mengangguk-angguk...dan melihat kawasan sekitar.
"Adik pergi makan dulu, lepas tu terus ke masjid ok," sambil menunjuk arah masjid bersebelahan kedai makan.

Saya mengeluarkan beberapa keping wang dan meletakkan pada tangannya. Dia tersenyum, ringkas. "Beli makanan untuk nenek!" Saya mengingatkan dia ringkas. Saya menghentikan kereta di bahu jalan bertentangan kedai makan. Dia masih tidak turun. Macam ingin menyatakan sesuatu.

"Acik kerja apa? Tadi acik cakap Inggeris ker?"
"Acik kerja di firma pelaburan antarabangsa...di Dubai," jawab saya ringkas. Saya tau dia masih tak jelas.
"Pelaburan tau apa? Dubai?" Saya tanya.
Dia menggeleng...
"Tak pe...adik belajar rajin-rajin. Solat jangan tinggal dan kawan dengan orang baik2. Nanti adik boleh kerja macam Pakcik.." saya ingin menutup buah bicara...

Dia mengangguk kecil. Pintu dibuka dan dia melangkah keluar.
"Eh..acik tadi cakap Inggeris dengan kawan pakcik yer? Best ler..."

Saya mengangguk dan senyum kearah dia.

"Dik...siapa nama?"

"Mohamad Khairul..."

Dia menghulur tangan dan mencium tangan saya. "Terima kasih acik"

"Belajar rajin2!" sambil melambai dan menekan pedal gas Rexton. Kereta meluncur ke depan dan Mohammad masih memandang ke arah saya. Saya harap saya tidak salah meninggalkan dia di situ. Saya dah terlewat mesyuarat di Seri Kembangan.

No comments:

Post a Comment