Sunday, August 2, 2009

Kisah Benar: Penumpang di tepi jalan... (Bhg. 1)

Pada sesi unggun api (campfire) di English Camp yang lepas (Commenwealth Forest Resort), saya menceritakan kisah benar yang terjadi sewaktu saya mengadakan pemeriksaan tempat di beberapa kawasan perkhemahan untuk tujuan English Camp 2009.

Perjalanan saya meneliti kawasan-kawasan yang sesuai di Selangor membawa saya ke Bagan Lalang. Hampir 3 tahun saya tidak ke sana kerana pengalaman yang tidak memberansangkan. Pantai berlumpur, sampah bertebaran, kedai makan tidak bersih dan tiada tempat penginapan yang sesuai untuk pelbagai lapisan pelancung yang berhajat ke sana.

Kali ini keadaan agak berbeza. Bagan Lalang telah mendapat 'face-lift'. Ada pusat peranginan 5 stars yang masih dalam pembinaan
- Gold Coast Resort? (or something). Laluan pantai telah dinaik-taraf. Pantai telah ditambak menjadikan ianya tenang dan lebih interesting...walaupun tak sehebat Langkawi.

Setelah menempah sebuah peranginan (yang akhirnya dibatalkan), saya meluru keluar untuk menghadhiri mesyuarat kerja di Seri Kembangan. Perjalanan pulang agak memeningkan kerana papan-tanda yang agak mengelirukan. Inilah satu dari "culture-shock" bagi mereka yang lama berada di luar negara (negara2 Barat terutamanya). Papan tanda di Malaysia sentiasa mengelirukan. Saya yakin, ini adalah satu dari penyumbang kemalangan di Malaysia...unfortunately.

Saya tersesat jalan tetapi mengikut kiraan hati, saya yakin arah yang dituju kini adalah Kuala Lumpur. Laluan saya di kelilingi dengan ladang kelapa sawit. Jalan dua lorong hanya cukup untuk laluan kereta kecil dari kedua-dua arah. Tiba-tiba, saya mendapat panggilan talipon dari Jeddah, Saudi Arabia. Beliau adalah rakan tugas di sana. Kami berbincang mengenai projek di Malaysia & Indonesia and perancangan beliau untuk turun ke Kuala Lumpur dalam masa terdekat. Saya sengaja lanjutkan perbincangan kerana saya agak kesunyian memandu di tengah-tengah ladang kelapa sawit. Agak terpencil.

Tanya pasal keluarga, anak-isteri... Bagaimana cuaca di sana? Bagaimana kesan ekonomi di sana dan sebagainya...

Tiba-tiba terpacul keluar sebuah tubuh kecil berdiri dan melambai-lambai ke arah saya. Secara sepontan, saya menghentikan kereta dan menghulurkan tangan membuka pintu di bahagian sebelah pemandu. Kelihatan seorang budak kurang dari 5 kaki berdiri sambil melihat2 ke arah saya. Saya masih bercakap2 dengan rakan di dalam talipon (handfree) sambil melambai masuk budak yang tercegat di pintu kereta saya. Dia melangkah masuk dan duduk. Saya terus menekan minyak dan Rexton saya meluncur ke depan. Saya cuba menamatkan perbincangan dengan rakan Jeddah dan mendoakan kebaikan kepada beliau - satu kebiasaan budaya Arab mengakhiri perbualan dengan doa dan ucapan2 yang baik.

Saya berhenti secara mendadak. Menoleh terus kepada budak itu...

"Apa adik buat di sini?"
"Adik dari mana?"
"Apasal kat sini?"
"Adik hilang?"
"Adik lari dari rumah?"

Lontaran soalan-soalan saya tidak memberi kesan apa-apa pada budak itu. Dia terlopong seketika... menunggu masa untuk membalas. Nafasnya agak tersekat-sekat. Muka agak berpeluh, tetapi mampu melemparkan secubit senyuman ringkas.

"Acik boleh tolong hantar saya ke pekan?"
"Apa jadi ni?" Saya dah hilang sabar, sambil meninggikan suara.
"Saya nak tolong nenek."
"Nenek kat mana?"
"Kat kampung" Jawab dia ringkas.
"Awak lari dari rumah ke?" saya menekan. Rexton saya diperlahankan.

Kali ini dia mula bercakap. Dia menceritakan keadaan dirinya yang kini hanya bersama nenek. Ibu pindah ke Melaka. Ayah, entah di mana. Umurnya 14 tahun dan berpisah dengan bapa sewaktu umur 12 tahun. Ibu? Dia cari kerja di Melaka. Berapa kali jumpa ibu? Kadang-kadang (hari raya). Selama ini, nenek dan makcik yang jaga. Itu pun nenek telah berhutang RM800 dari kedai mamak. Itu sebab dia perlukan pekerjaan untuk membantu nenek bayar hutang! Apa ayah buat? Ayah bawa lori. Katanya dah kawin lain. Dulu asyik gaduh dengan mak. Apasal gaduh? Entah, tetapi ayah sebelum ni pun jarang balik rumah. "Ayah pernah pukul saya sebab saya gagal peperiksaan tahun enam," mengakhiri ceritanya.

Aduh... terkelu saya mendengar ceritanya. Kalau ceritanya benar, sukar saya gambarkan keadaan jiwa raganya yang kini bertempur sesama sendiri mencari ranting penyelamat. Kalau dia tipu, memang dia boleh menjadi pelakun kanak-kanak terkenal, macam kanak-kanak India malang di dalam Slumdog Millionare. Tapi saya tahu, dia bercakap benar (paling kurang, 90% benar). Saya tanya beberapa fakta untuk kepastian dan dia mengulanginya, dan memang kosisten. Ok saya percaya. Seterusnya, saya tanya nak ke mana?

"Acik drop je saya kat Petronas pun tak pa. Saya nak minta kerja."
Ehh..., senang2 jer nak minta kerja kat Petronas, fikir saya. Awak tu masih di bawah umur.

...saya sambung di posting akan datang

No comments:

Post a Comment