Sunday, August 16, 2009

Soal Solat


Sejak akhir2 ini, ramai dari anak2 di rata2 tempat sudah kurang mendapat dorongan dari ibubapa perihal solat. Ibubapa yang tidak menjaga solat tidak terlalu mengambil kisah untuk memastikan anak2 mereka mendirikan solat.

Solat tiang agama. Barangsiapa mendirikan solat, dia telah menegakkan agama; dan sesiapa yang meninggalkan solat maka dia telah meruntuhkan agama - bukan kata saya, tetapi pesan Rasulullah SAW. Itulah kepentingan solat secara ringkas. Hakikatnya, sejak awal pagi kita sekeluarga bergegas untuk ke tempat kerja, atau anak perlu sampai ke sekolah awal. Solat..? Nanti ganti la. Ye ke boleh ganti?

Saya pernah berdepan dengan kes pelajar yang baru masuk ke Sri Ayesha. Di sekolah lama, solat tidak pernah diberi penekanan dari peringkat awal. Bagi si anak ini, dia terlepas beberapa kali solat fardhu di rumah setiap hari kerana tak siapa kisah. Si anak tidak terbiasa melihat solat dibangunkan di rumahnya. Hati sudah mula mengeras walaupun saban hari dibiasakan solat berjemaah di sekolah (zuhur). Anak ada kehendak untuk solat, tetapi tiada suasana yang mendorong untuk solat didirikan. Itu belum masuk bab khusyuk solat...

Kata si anak: Saya selalu tak sempat solat subuh kerana emak pergi kerja awal pagi.

Saya kata: Awak boleh solat atas kereta.

Kata si anak: Boleh ker?

Saya kata: Sudah pasti. Rasulullah SAW pun pernah solat atas kenderaan...siap berjemaah lagi. Di dalam satu hadis sahih riwayat Imam Ahmad
Ya'la bin Murrah (ra) menerangkan bahawa para sahabat pernah beserta Rasulullah SAW dalam satu perjalanan lalu sampai ke satu lembah sedang beliau berada di atas kenderaannya; dan langit pula sangat mendung dan di bawahnya agak basah. Kemudian datang waktu solat lalu beliau memanggil tukang muadzzinnya lalu ia azan dan iqamah lantas Rasulullah SAW terus maju dengan kenderaannya dan solat berjamaah bersama mereka (para sahabat). Beliau memberi isyarat yang sujudnya lebih rendh dari rukuknya.

Kata si anak: Saya tak pernah tahu pun boleh buat cam tu...

Kata saya: Tak tahu, tanya! Saya dah biasa solat di mana2 saja... Dalam kapal terbang, atas tanah, atas jalan, bawah tangga bangunan, dalam kereta... Sewaktu saya belajar dan kerja kat USA mana ada surau/masjid macam kat Malaysia.

Kata si anak: Kalau cam tu saya boleh solat dalam kereta juga?

Kata saya: Kalau awak terpaksa, memang boleh. Pastikan ada wudhu.

Kata si anak: Kalau tak de wudhu?

Kata saya: Berhenti kat gas station...banyak paip air.  Kalau terlekat dalam traffic jam, awak boleh tayammum...

Kata si anak: Ye ker boleh tayammum? Macam mana?

Kata saya: Ya... gunakan debu dari bahan2 yang bersumberkan bumi seperti kain fabrik atau debu2 yang melekat di kerusi kereta... (Saya menunjukkan cara bertayammum)

Kata si anak: Kiblat?

Kata saya: Jika awak pasti kedudukan kiblat, maka mengadaplah ke kiblat. Jika tak pasti, tak mengapa. Wajah anda mengadap Allah SWT!

Kata si anak: Ok...

Kata saya: Awak nampak tak betapa praktikalnya untuk membangunkan ugama (Solat) setiap hari? Tidak ada sebab untuk tidak solat.

Anak-anak memerlukan dorongan untuk memperbaiki diri mereka. Antara perkara yang dapat membantu adalah dengan sentiasa melazimi amalan fardhu dengan tekun. Kemudian diikuti amalan berbentuk tazkiyyah (penyucian) jiwa dan pembentukan fikrah (pemikiran) yang sempurna. Amalan2 di dalam agama sepatutnya sesuatu yang senang untuk anak2 membiasakan sejak dari awal. Permudahkan, jangan menyusahkan - itu arahan Nabi SAW. Kita tidak perlu mencampuri perkara2 adat (kebiasaan) di dalam amalan kerana ianya hanya akan menyusahkan mereka. Itu sebabnya kita harus 'membetulkan yang biasa dan membiasakan yang betul' di dalam kehidupan anak-anak kita.

No comments:

Post a Comment