Friday, August 14, 2009

Keluarga Bahagia


Saya telah beberapa kali berdepan dengan para ibu yang menanggung urusan penjagaan keluarga secara bersendirian. Biasanya hal ini hanya bahan bacaan di dalam majalah atau harian metro sahaja tetapi kes ini memang semakin meruncing di dalam masyarakat kita. Simpati saya kepada semua para ibu tunggal (dan bapa tunggal) yang memilih untuk mempertahankan apa yang sedia ada dan berusaha meneruskan kehidupan demi keluarga.

Kenapa ini terjadi? Puncanya banyak. Hakikatnya, perpisahan antara suami-isteri tidak semestinya buruk untuk kedua-belah pihak. Ianya buruk untuk anak-anak. Anak2 tidak mengerti erti perpisahan ini walaupun mereka mungkin telah pelajari maksud 'cerai' di dalam matapelajaran agama dsg. Kadang2 perpisahan dalam bentuk 'pemergian' selama-lamanya (mati) turut mengelirukan anak2.

Persoalan demi persoalan timbul dan ianya menjadi semakin banyak. Jawapan yang diterima menjadi semakin sedikit dan semakin terpencil. Anak2 menanggung ini semua dalam keadaan mereka belum bersedia. Berat bahu ibubapa cuba melupakan kisah duka mereka suami-isteri, lebih berat lagi anak2 ini cuba meneruskan hidup dengan persoalan2 yang semakin menimbun saban hari. Perjuangan hidup kita seterusnya adalah bertujuan mengeluarkan anak2 ini dari timbusan keraguan hasil peristiwa silam ini kepada keluasan hidup yang lebih bermakna. Inilah perjuangan hidup para ibu tunggal (bapa tunggal). Jika ibu tunggal berbuat demikian, sekaligus mereka mengeluarkan diri mereka dari kemurungan hari lalu. Sri Ayesha amat berbesar hati dapat bekerjasama dengan ibu tunggal (bapa tunggal) untuk tujuan tersebut.

Kita boleh melihat ke belakang dan mendapati kejahilan diri yang pasti menyeksakan; atau kita boleh pandang ke depan dan melihat keluasan nikmat Allah swt. Perjalanan kita adalah kedepan! Yang kita pinta adalah syurga yang kekal abadi. Lain dari itu is an insult to our intelligent!

No comments:

Post a Comment