Saturday, August 22, 2009

Ramadhan di Makkah

Bagi saya, boleh dikatakan pengalaman ramadhan adalah unik pada setiap tahun. Sudah pasti ramadhan di tanah suci jauh lebih hebat rasanya berbanding tempat2 lain. Boleh dikatakan lebih dari sedozen urusan kerja yang saya lakukan melibatkan kunjungan saya ke Saudi Arabia pada bulan ramadhan. Ada kalanya dalam masa sebulan ramadhan, saya akan ke sana sebanyak 2 kali (satu di awal dan satu di penghujungnya). Adakalanya saya bersendirian, tetapi kebanyakkannya bersama rakan sekerja.

Pada ramadhan 1999/2000, saya membawa Ummu Nafeesa bersama2 ke Jeddah selama 2 minggu. Sambil berurusan kerja, kami sempat menghabiskan 10 terakhir ramadhan di Makkah. Saya masih ingat, kami dibekalkan oleh pihak Hyatt Hotel di Makkah beberapa batang lilin ketika berhadapan dengan Y2K (atau year 2000 computer 'reset' attack). Bagi anak2 yang tak berkesempatan, Y2K adalah satu phenomena di mana sistem komputer sedunia berkemungkinan melakukan 'reset' secara otomatik kepada sistem yang sedia ada dan akan mengakibatkan 'computer crash' seluruh dunia. Dibayangkan semua data dan perisian komputer akan lenyap dan gangguan akan berlaku ke atas semua sistem yang melibatkan komputer (electricity, transportation, telecommunication etc). Hakikatnya, hal tersebut tidak berlaku! Kami masih di Makkah dan panggilan ke Malaysia mendapati keadaan juga normal.

Pada satu ramadhan yang berasingan, saya hanya berseorangan di Makkah. Setelah habis urusan kerja di Jeddah, seperti biasa saya akan ke Makkah untuk melakukan Umrah. Setiba di Makkah, waktu berbuka telah hampir tiba. Saya terus meluru ke dalam masjidil haram. Seperti ramadhan2 yang biasa di Makkah, makanan dan minuman terlalu banyak disedeqahkan kepada orang ramai. Masing-masing inginkan pahala orang berpuasa... seperti yang di sebut oleh Rasulullah (SAW) di dalam sebuah hadis yang bemaksud, "Siapa memberi makan (berbuka puasa) kepada orang puasa makan baginya seumpama balasan pahala orang yang berpuasa dengan tidak kurang sedikitpun ."

Sepanjang jalan memasuki masjidil-haram, pelbagai bungkusan dan kotak dihulurkan kepada saya. Susu, kurma, madu, kacang, pisang, bungkusan nasi arab... Yang mana sempat, saya ambil. Saya sengaja ambil banyak sebab saya akan memberi sebahagian pada orang yang saya jumpa dalam perjalanan. Saya ambil dan terus memberi pada orang lain... Harap2 saya pun dapat pahala yang sama seperti yang disarankan Rasulullah SAW. Manusia berkejar merebut pahala! Saya memasuki pintu 'babul fahd' dan terus meluncur laju ke arah ka'bah. Tangan saya dipenuhi bungkusan makanan.

Azan maghrib berkumandang. Wah.., alunan suara muazzeen yang sentiasa berkumandang di kaca TV amat memukau sekiranya diperdengarkan 'live'. Orang ramai berpusu-pusu masuk dan saya mencari tempat duduk untuk berbuka. Belum pun sempat berbuat apa2, tiba-tiba ada satu tangan menyumbat sebiji kurma ke dalam mulut saya! Saya sudah tidak dapat berbuat apa2. Saya menoleh dan melihat seorang Arab tersenyum..."taqabballah" katanya. "Ummh...ahh", jawab saya, tak bermaya. Saya menggeleng dan terus duduk. Tak marah, tapi agak lucu. Macam tu lah perangai orang Arab. Bersungguh2 mengejar kebaikan! Hanya beberapa biji buah kurma dan segelas susu dan air zam-zam sudah cukup mengenyangkan. Heavy dinner, after solat tarawih!

Moga ramadhan kita tahun ini diterima Allah SWT...

No comments:

Post a Comment