Tuesday, August 25, 2009

Ibubapa soal, saya jawab 1

Ibubapa bertanya saya, "Apa kebaikan anak saya belajar di Sri Ayesha berbanding sekolah lain?"

Hakikatnya, saya tidak pasti apa jawapan yang ingin didengari oleh ibubapa yang bertanya. Ada ibubapa inginkan anak mereka mendalamai ilmu agama. Ada yang suka program sekolah secara bersepadu (agama & akedemik). Ada yang inginkan anak hifzul Qur'an. Tidak kurang yang inginkan anak mereka menguasai Bahasa Inggeris. Bak kata pepatah, "lain padang lain belalang" - rambut sama hitam, hati lain2...

Saya dan Ummu Nafeesa mendirikan Sri Ayesha untuk anak-anak kami pada awalnya. Sekaligus, "anak-anak" kami telah berkembang-biak menjadi ratusan kini. Semua mereka adalah anak-anak yang kami hormati dan kasihi. Saya katakan kepada ibubapa bahawa Sri Ayesha baik untuk anak2 kami, insyaAllah ianya akan baik untuk semua anak-anak di Sri Ayesha... Saya tahu apa yang saya inginkan untuk anak2 kami. Formula yang sama akan kami tawarkan untuk anak2 yang lain. Bukan semua akan menjadi doktor atau ustaz, tetapi semua mereka akan dibentuk menjadi ilmuan Islam yang mempunyai pengkususan tersendiri yang akan bermenafaat untuk ummah dan negara.

Ibubapa bertanya lagi, "Apa bezanya dengan pengisian pembelajaran yang sedia ada?"

Tiada beza di sudut isi. Yang membezakan kita ialah cara dan teknik. Pada asasnya, kita bukan 'exam-oriented', kita adalah 'knowledge-oriented'. Kita bukan 'class-oriented', kita adalah 'individual-student-oriented'. Kita bukan 'peraturan-oriented', kita adalah 'self-discipline-oriented'. Kita bukan 'asking-teacher-oriented', kita adalah 'getting-the-answer-oriented'. Dalam pengajian agama - kita bukan 'hafal-oriented', kita adalah 'penghayatan-oriented'. Kita bukan 'ikut-oriented', tapi kita adalah 'tahu-dalil-oriented',... Jadi, apa2 orientation yang kita nampak pada mana2 sistem pembelajaran, kebanyakkannya agak berbeza dengan kita. Tapi mutu tetap didahulukan, pencapaian tetap diutamakan... Mutu dan pencapaian sukar dicapai hanya dengan keputusan peperiksaan, tetapi boleh dilihat apabila anak-anak ini terdedah kepada masyarakat sepenuhnya...

Ibubapa bertanya lagi, "Senang ke nak capai semua tu?"

Bukan senang. Tapi kalau kita tak dapat capai 100%, kenapa kita tak nak capai walaupun 50%? Selagi kita tak nampak gambaran sebenar, susah kita nak lakukan. Apa yang kita bentangkan adalah wawasan, sistem dan persekitaran.

No comments:

Post a Comment