Wednesday, July 29, 2009

Disiplin anak-anak 1


Ramai ibubapa berhadapan dengan isu disiplin dengan anak-anak. Bagi menghalusi isu ini, saya akan menyentuh buat masa ini peringkat umur anak-anak 6-12 tahun.

Saya sering memberitahu guru2 bahawa anak-anak ini tidak akan menghadapi masalah disiplin sekiranya kita (ibubapa, guru2 & orang dewasa) mampu mendisiplinkan diri kita terlebih dahulu... Nah, itulah jawapan awal kepada persoalan ini.


Prinsip 1: Disiplinkan diri kita untuk mendisiplin kan anak2.
Anak2 adalah jasad yang mempunyai ruh, semangat, aqal, naluri dan kepandaian tersendiri. Sejak dari awal, anak2 adalah bersih (fitrah) - tiada dosa. Barang siapa berjaya menyentuh jiwa anak-anak ini, maka dia telah berjaya membina jambatan alam qudus yang bertunjangkan syurgawi lampau seterusnya membentangkan setinggi pengharapan dan potensi dimasa akan datang (saya akan buat syarah lain untuk ini). Yang menjadikan anak2 kita tersasar dari menjadi manusia berdisiplin disebabkan oleh beberapa faktor yang akan saya rungkaikan di posting yang akan datang. Kali ini, saya hanya akan membicarakan berkenaan dengan pengaruh dan peranan orang dewasa - guru, ibubapa, pak cik, mak cik, nenek, atok, abang, kakak dan sebagainya.

Renung sejenak anak-anak kita dan perhatikan gerak-gerinya. Ada gaya ibunya? Ayahnya? Gurunya? Atoknya..? Disiplin macam mana yang kita nak? Disiplin ala-tentera, ala-pelajar, ala-melayu, ala-arab...atau bagaimana? Persoalan ini menjurus kepada premis ini: "Ruang-lingkup disiplin anak-anak kita adalah...." Kita yang mendefinisikan maksud disiplin anak-anak. Kalau tak tahu apa premis disiplin anak-anak...boleh kita bincang lagi.

Berbalik kepada Prinsip ini, orang dewasa lah yang tidak berdisiplin dalam melahirkan anak-anak yang berdisiplin.

Kita gagal mengenali anak-anak kita (ruh, jiwa, aqal, jasad, naluri...)
Kita gagal mengetuk pintu hati anak-anak ini untuk...
Kita gagal menunjukkan cara-cara melakukan sesuatu dengan betul untuk anak-anak ikuti
Kita gagal menyedarkan anak-anak kehebatan aqal/otak mereka untuk berfikir...
Kita mengambil jalan mudah 'menyediakan' dan melakukan kesemuanya untuk anak-anak...
Kita mengambil jalan mudah memberi jawapan sebelum anak-anak dilatih mencari jawapan...
Kita mengambil jalan mudah membiarkan anak-anak berjam2 di depan TV dan computer...asalkan tidak mengganggu orang lain...
Kita mengambil jalan mudah melepaskan tanggungjawab kita kepada sekolah...

Siapa yang tidak berdisiplin melahirkan anak-anak yang tidak berdisiplin?

Kita mesti menghentikan pusingan kehancuran ini... Kita perlu melatihkan diri untuk berdisiplin di dalam proses pembangunan insan yang bernama anak-anak ini. Hakikatnya, semenjak awal penubuhan Sri Ayesha kita telah mengenal pasti kepentingan ini. Method pengajaran disusun. Yang lebih penting, pengukuhan di rumah amat diperlukan. Mendisiplinkan anak-anak bukan kerja seorang sahaja. Ibu diperlukan, ayah lebih lagi... Guru akademik diperlukan, guru agama lebih lagi... Hidup tidak bersendirian...hulurkan tangan untuk membangunkan, bukan meruntuhkan!

Akan datang, Prinsip 2: Memberi Contoh dan Memerhati.

No comments:

Post a Comment