![](https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEg1-b_IxFJ_rjUH28aphhSKP5l6jzMU6VQeUOK727WtOuwE5bRPPo6nhOPYTcHe415rMXqZ5raw4E2FUWtOG9ruI7l6QZ9akOxKIYne0ZVN1BeR10WpTknE3M70qBkosAEo5JG4OWv8HjAy/s200/7f75.jpg)
Salah satu tempat yang sempat saya kunjungi (urusan bisnes) beberapa tahun yang lepas ialah Azerbaijan (Ibu negara - Baku). Negara bekas jajahan komunis itu mempunyai penduduk Islam lebih dari 99%. Setelah bertemu beberapa tokoh perniagaan tempatan di sana, saya dipertemukan dengan menteri di jabatan hal-ehwal Islam - namanya sukar diingati. Yang paling saya ingat ialah juru-bahasa yang sentiasa menemani saya sepanjang kujungan saya ke sana selama hampir dua minggu. Namanya agak melucukan bagi kita warga Malaysia - Bahlul Nuri (tolong jangan ketawa!). Bahkan beliau dan rakan2nya lebih selesa memanggilnya dengan nama Bahlul....
Sdr Bahlul berpendidikan tinggi. Master degree dalam jurusan Undang-undang! Beliau boleh berbahasa Azeri, Turki, English dan Arabic. Saya amat selesa bertutur English dan Arabic dengan beliau. Sehingga kini kami masih berhubungan melalui email. Beliau sangat-sangat berhajat untuk datang mengajar di Sri Ayesha. Kalau ada rezeki, mungkin saya akan mengajak beliau ke sini dan mengajar di sini. To all my children at Sri Ayesha, who knows... you may be his lucky student :-)
![](https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEjoedu4auOzmdNAnJr_KAJEecQM5SZwle5omzgLlJsAuo0xDolOu0nji_Q2FTgvB-OGqeKCnU-T6UEz1D7hrRsBgSzrY4xSIraqjobYGBBL3Hivf1vIYRbQkj8k_Mmyf25lTLQGgV7CRB96/s200/p173653-Baku-View.jpg)
Saya sempat bertembung beberapa kumpulan bisnes dari Kuwait & Saudi Arabia. Ada yang berkeinginan melakukan aktiviti dakwah dan ada yang bersifat bisnes. Mereka turut menemui jalan buntu bersabit dengan gagasan sekular yang amat bertunjang di dalam sistem kenegaraan di sana...
![](https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEjJusnsDjVlal01qvtMjzD_cGmJKHn7ff2GCilm-YWhJKYzwSpz2DhnnDqVAycrctnZLO_m-ntHnemZuuXDK0VEFsP6zW9xh-J9fxw2C5TUYXZP1Otq4JbqFNZpQIoHc9h2w2cPWsR10-5U/s200/Ris__Lokbatan__g__en,property%3Ddefault.jpg)
Posting ini adalah mengenai Azerbaijan kerana ianya adalah satu dari laluan utama "Silk Road" - Laluan Sutera. Saya sempat menziarahi tempat rehat (hotel) pengembara laluan sutera. Di atasnya adalah untuk haiwan tunggangan, di bahagian bawah disediakan untuk pengembara - beserta beberapa bilik rahsia yang hanya dijumpai beberapa tahun yang lepas. Sayangnya, tiada harta peninggalan mereka di situ. Atau mungkin telah hilang. Laluan sutera penting kerana ianya lambang negara tanpa sempadan - borderless - yang pernah diukir pedagang2 Islam satu ketika dulu. Kalau ingin maju, kita harus melihat keluar merentasi daerah kita. Berani keluar dari daerah pemikiran dan minda tempatan kepada daearah yang lebih luas di luar sana. Kita yang menembok keupayaan kita, sedangkan potensi kita amat ketara lebih besar dan lebih hebat!
![](https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEiDFOmWiSjOMsyraJ_OlJpXdot5XQWgSVhXn5eqVpJ3z92icdekVC_unS4ehl3qUQlpij26aAT5pQvs5_Vof0XTt-9Qf7P6jz8av5gekQX5-gzxJZkNH51BNSyJWijFFqJrw59QdIONhqLc/s200/AZERBAIJAN.jpg)
I got a chance to do Jumaat prayer in this masjid...
![](https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEj4e6Jj5stoZMMN2FYh0VThAifCbMxDO0C8zIVmCUSs5HolZEtlWc5YFJzILxP0aTArahWYXYyNrW3EA0FV9ZJZPQvU5aI3lqPIPak54HDFgoYlCcbMBUOz4-b__A100xhiBLE5stDUx9Hr/s200/mosquebaku.jpg)
![](https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEjUauZ7e8IJYc4W8xaMEo18QDqv7C4DSXurwfJR89FnS6L898cAwwXRQbX4XP5qNDI0NSxWkmYVu519hmVPZp3O9c6TOP00jt5H4iS9N19qUt4MTc4AJJgkbUdqWVJP4eCnVI1DN74AtOE5/s200/a001.jpg)
[Bergambar bersama anak2 Azeri di sebuah taman bersantai di Baku, Azerbaijan.]
No comments:
Post a Comment