Saturday, February 21, 2009

Muqaddimah

Setelah beberapa percubaan, akhirnya saya gagahi menjadi seoarang blogger. Alhamdulillah, ada sedikit kemajuan...

Jutaan bloggers menulis saban hari dan ketika. Seolah-olah perkara yang ditulis di blog2 diperlukan para pembaca? Siapa yang waras membaca setiap perkataan tulisan bloggers? Bahkan, yang menjadi kejutan dan fenomena kebelakangan ini, bloggers mampu membentuk corak pemikiran masyarakat. Maklumat blog ada ‘coolness’ – samada bersifat politik, keagamaan dan macam-macam. Itu salah satu sebab masyarakat bangga mengikutinya... Adakah fenomena ini akan berkekalan..? Besar kemungkinan, telahan saya, untuk beberapa dekad mendatang. Satu bentuk saluran informasi dan kominukasi seumpama blog ini amat disenangi pembaca pada masa kini.

‘Peace tracker’ akan menjadi pencetus rasa, impian dan pengalaman semasa dan silam yang akan saya paparkan dari masa ke semasa untuk dimanfaatkan bersama. Keterlibatan saya yang pelbagai di dalam bidang international business, investment & finance; pemikiran dan pergerakan islah & tajdid; serta pendidikan akan diolah sebaik mungkin terutamanya untuk saya sendiri dan pembaca sekelian perhalusi dan manfaatkan. Tak lupa, saya akan perbanyakkan titipan perjalan dan pengalaman bersama SRI AYESHA SCHOOL untuk tatapan ‘anak-anak’ saya dan isteri – Ummu Nafeesa – (yang kini mencecah 400 orang semuanya)... tak lupa buat warga pendidik di sana :-)

-Abu Nafeesa