Thursday, April 25, 2013

Cerita Untuk Anak - 3




Pada awal tahun 90’an, berlaku sesuatu fenomena hebat di USA.  Pada ketika itu, Malaysia baru sahaja melalui fasa terakhir kemelesetan ekonomi tahun 1986-90.  Saya mengurus sebuah dana antarabangsa shariah berpengkalan di Stamford, Connecticut.  Fenomena yang saya maksudkan ialah ledakan internet (internet boom) yang melakar satu sejarah baru. Membawa kepada the dot-com era.  Sejarah baru dunia – sejajar dengan laungan politikus di Amerika pada waktu itu - The New World Order.  Pada masa yang sama tercetus Gulf War yang menyaksikan Iraq manakluk Kuwait dan yada yada...  As the saying goes, the rest is history. [Ingatkan saya untuk menulis mengenai cerita Iraq, Kuwait dan Pelaburan]

Ledakan internet sememangnya merubah wajah duniaSatu revolusi baru.  Saya masih ingat bagaimana ramai usahawan dan pelabur menjadi jutawan, paling kurang di atas kertas (paper’s millionaires) – overnight!  Saya tak ketinggalan.  Bagi kamu yang dah belajar ekonomi di tingkatan 4 boleh kaitkan cerita ini sedikit sebanyak.  Maksudnya,  pelaburan yang disalurkan ke dalam syarikat-syarikat internet akan menyaksikan peningkatan nilai yang amat mendadakAntara syarikat utama yang mencipta sejarah adalah sebuat syarikat browser yang bernama Netscape yang dibangunkan oleh Mark Anderson.  Saya terlibat melalui penglibatan dengan Morgan Stanely yang menjadi Underwriter.  Begitu juga dengan ratusan syarikat yang baru diapungkan ke bursa saham.  Dipendekkan cerita, jutawan!


“What exactly did you do?”  My son would ask that question again and again.  Saya akan ceritakan sikit di sini.  Kalau tak faham sekarang, you may come back in a few years and read this posting one more time.

Investing in Stock Market

Melabur di pasaran saham adalah satu kerjaya.  Saya bermula sebagai seorang financial analyst, kepada Portfolio Manager, sehinggalah Fund Manager dan Investment Strategist.  Oleh kerana sistem pelaburan yang dibangunkan di syarikat kami berlandaskan Shariah, saya terpaksa bekerja lebih.  Pada awal 90’an sememangnya kami adalah antara perintis system pelaburan shariah.  Saya dijemput menjadi antara penulis awal menulis di dalam Journal of Islamic Finance berkenaan Islamic Fund Management.  Banyak perkara yang perlu dirungkaikan.  Siang kerja saya menjaga pelaburan, malam kerja saya ber’teleconference’ dengan pelbagai ‘penasihat ugama dan undang-undang antarabangsa’ merungkai dan mempertikai kaedah shariah yang dibenarkan di dalam pelaburan.  Anak-anak ada melihat TV-shows yang disiarkan di kaca TV – The Firm, Suits, CSI etc.  Mereka bekerja sampai larut malam.  Memang semua tu saya buat.  Bila bersurai ke rumah masing-masing, ucapan terakhir ialahsee you at 8am for morning teleconference with Morgan! Kerja bukan 8 jam sehari tetapi minima 12 jam sehari, tanpa a formal lunch-breakMaksudnya, lunch di atas meja!  Yang menyegarkan adalah basahan air wudhu.  Pada waktu itu, kamu semua masih kecil jadi peluang tersebut saya gunakan sepenuhnya untuk kerjaya.
Saya turut memperuntukkan masa untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat tinggi pengkhususan – Certified Financial Analyst (CFA) selama 3 tahun dicelah-celah kesibukan pengurusan kerja.  Memang super-charged!  [Saya difahamkan, di Malaysia kurang dari 25 orang yang mendapat designation CFA pada awal 90’an].  Kalau bercakap mengenai perkembangan pelaburan shariah seantero dunia, memang panjang – mungkin kita sentuh di waktu yang lain.

Recent trip to Seoul, Korea

Berbalik kepada kerjaya saya.  Kamu tanya apa yang saya buat? Cerita mudahnya begini:
Tugas saya adalah melakukan analisa terpeinci ke atas lebih 6,000 syarikat yang diapungkan di bursa-bursa di benua Amerika.  Memilih terbaik dari yang terbaik – mengguna pelbagai kaedah analisa yang sophisticated sehingga secara kampunganMembuat unjuran peningkatan nilai saham pada masa terdekat dan masa panjang.  Diapungkan bermaksud, syarikat-syarikat ini menjadi syarikat yang boleh dikuasai atau dimiliki oleh orang ramai yang mempunyai duitKita boleh miliki syarikat IBM atau Microsoft dengan membeli sham syarikat tersebut dari Bursa. Bursa adalah satu pengkalan (dengan kata lain Supermarket) yang di dalamnya ada banyak pilihan sahamBoleh faham kan?
 
Kalau kita tidak membuat homework, kita akan membeli saham yang tidak berkualiti.  Barang yang tidak berkualiti harganya murah dan tidak dipandang bernilai oleh orang lain.  Sedangkan barangan yang bernilai amat diminati ramai menyebabkan harganya melambung-lambung naik.  Tugas saya ialah mencari barangan yang mempunyai potensi nilai yang tinggi selepas saya sudah membelinya.  Tugas tambahan saya ialah mengenal pasti saham yang saya beli menepati syarat-syarat yang dibenarkan shariahKalau anda ke Supermarket di Malaysia, anda pasti terperasan ada seksyen yang memperuntukkan barangan “non-halal”.  Itu kerja saya, mengkategorikan ‘not shariah-compliance’ dari keseluruhan 6,000 syarikat pada waktu tersebut.  Pada waktu itu, tidak ada standard compliance sebagai rujukan seperti yang dikeluarkan oleh Bank Negara sekarangKebanyakkannya adalah case-by-case.  Hakikatnya, saya berdayung di lautan gelap dan GPS saya adalah ketelitian mengemudi.  Perhatikan laluan dan panduan bintang.  Tidak boleh auto-cruise…

Pengajarannya: Semua kita dah tahu. Kalau nak berjaya, kena banyak usaha.  Ini adalah “law of success”.  Peraturan kejayaan adalah tetap sebagaimana peraturan yang Allah tetapkan ke atas setiap kejadian.  Sebagaimana kita tak boleh ubah the law of gravity, ia sentiasa akan menarik ke bawah.  Kalau kita nak menjadi jutawan, berusahalah dengan kadar yang seumpamanya (atau lebih).

Adapun sepanjang lebih 5 tahun menceburi bidang pelaburan saham (secondary market), saya menyedari keperluan mengukuhkan industri kewangan Islam dengan lebih real.  Target jutawan tercapai dan pembangunan prasarana networking terjalin ke seluruh dunia.  Perkembangan perbankan Islam semakin menapak di Malaysia tetapi hakikat ekonomi sebenarnya digerakkan melalui keusahawan dan pelaburan, bukan perbankanJusteru, pada tahun 1996, saya membina syarikat baru yang memberi penekanan khusus kepada keusahawanan dan pelaburan iaitu Modal Teroka atau Venture Capital.

Bersambung

No comments:

Post a Comment