Monday, April 23, 2012

Paranoia SPM

Paranoia [ˌpærəˈnɔɪ.ə] (adjective: paranoid [ˈpærə.nɔɪd]) is a thought process believed to be heavily influenced by anxiety or fear, often to the point of irrationality and delusion

Saya "berbincang" dengan para candidates SPM beberapa strategi menghadapi SPM yang dijadualkan pada bulan November tahun ini.  Hanya tinggal beberapa bulan sahaja lagi...  Ramai pelajar di luar sana tidak dapat menerima hakikat bahawa SPM adalah satu realiti. False thought!

Oleh kerana sistem pengajian dan pembelajaran banyak menjurus kepada peperiksaan, hakikat ini tidak dapat dielak unfortunately.  Walaupun saya amat berhasrat menjadikan medan di sekolah sebagai medan pembentukan manusia, hakikatnya agak sedikit tersasar.  Penyalahgunaan sistem merit membunuh proses pembudayaan dan kecemerlangan ilmu!  Sistem "siapa cepat dia dapat" unfortunately masih menjadi tulang-belakang proses pengajian di Malaysia.  Membudayakan ilmu semakin terancam oleh budaya 'pencapaian' sempit yang menjadi rebutan masysrakat...

Itulah latar-belakangnya saya berbincang dan memperkenalkan Pengurusan Diri Paranoia kepada pelajar yang akan menduduki SPM tak berapa lama lagi. Sayang tapi itu hakikatnya.  Sistem ini saya olah dalam bentuk yang mudah dan praktikal.

1.  Pastikan diri kita sedar dan menerima hakikat bahawa SPM akan berlaku pada hujung tahun!  Jangan percaya bahawa kiamat terjadi pada bulan December seperti yang dikurafatkan oleh Hollywood! 

2.  Pantau sejauh mana tahap Paranoia kita berbanding tahap Persediaan kita.  (Paranoia vs Persediaan). Hakikatnya, pertalian antara kedua2 ini amat ketara.  Mesti ada titik convergence / equilibrium secepat mungkin dan bergerak ke arah bertentangan (divergence) menuju tarikh sebenar SPM.   Jika kedua nuktah ini tidak menyentuh dan bergerak selari, maka anda masih tidur dan bermimpi.  Maksudnya, tahap Paranoia anda masih rendah!  Anda tidak kisah.  Anda masih tidur...nyenyak!

3.  Gerak MINDA anda untuk kembali SEDAR!  Tujuannya harus diarah kepada matlamat yang ingin dicapai - lulus cemerlang di dalam SPM!

4.  Pindahkan minda sedar anda dari TAHU kepada MAHU, sekarang juga!

5.  Perbetulkan NIAT anda.  Pasang keinginan yang tinggi dan mula rasai tenaga baru yang menggerakkan segenap anggota badan dan keinginan jiwa.  Jangan bazirkan tenaga ini.  Juruskan kepada minda dan ruh anda untuk melonjakkan semangat juang yang baru. Ini namanya Jihad diri (jihadunna-nafs).

6.  Tiada kerugian bagi mereka yang berniat dan berkeinginan untuk mencapai kecemerlangan, semuanya diberi pahala setimpalnya dengan usaha yang mengikuti keinginan tersebut.  Setiap amal itu hanya dikira sekiranya hadhir niat yang jelas dan tepat. 


Strategi Peperiksaan.

Baca, Ulang, Faham, Tulis --- oleh kerana kesuntukan masa, kita perlu banyak pengulangan di dalam menjawap soalan.  Jangan tutup hari kita tanpa membuat beberapa ulangan soalan seperti yang kita formulakan. 

Anda telah tahu, anda kini mahu... perbaharui keinginan dan niat anda.  Lakukan lah.  Allah dan orang-rang beriman diperlihakan dengan amalan-amalan baik yang kita lakukan... semoga berjaya!

No comments:

Post a Comment