Wednesday, April 4, 2012

BANDUAN DUNIA

Firman ALLAH SWT bermaksud: “ Dia memasukkan sesiapa yang dikehendakiNya (menurut aturan yang ditetapkan) ke dalam rahmatNya (dengan ditempatkannya di dalam Syurga) dan orang-orang yang zalim, Dia menyediakan untuk mereka azab seksa yang tidak terperi sakitnya.” (Surah Al Insan : 31) 

1.  Dalam menempuh perjalanan ke akhirat kita mesti banyak berwaspada dan bersikap berhati-hati. Kehidupan di dunia inilah yang akan menentukan nasib kita di akhirat kelak. Apakah kita bertempat di Syurga atau di neraka selamanya? 

2.  Kehidupan kita di dunia ini ibarat kita sedang berada di dalam hutan rimba yang menakutkan, penuh dengan binatang buas. Atau ibarat lain kehidupan kita di dunia menuju akhirat umpama keluar dari penjara, dan keluarnya kita daripada penjara, seperti orang yang dibebaskan menuju kenikmatan akhirat.

3.  "Dunia ibarat penjara bagi orang beriman dan syurga bagi orang kafir" ( Riwayat hadis Muslim ) 

4.  Setelah mati, kita tidak punya pilihan, kecuali syurga atau neraka. Oleh itu, syurga kita orang mukmin adalah ketika di akhirat. Bukanlah syurga kita di dunia. Dunia kita perlu hidup umpama banduan, segalanya terlarang dan menurut semua perintah sehingga tiba hari pembebasan kita.

5.  Bersihkan hati kita agar hidup kita sentiasa di dalam pandangan ALLAH. Kita hidup bekerja seharian kerana menggunakan nikmat yang ALLAH beri kepada kita, lalu di samping itu tujuan utama kita dalam melayari kehidupan jangan diabaikan.

6.   Kejayaan yang hakiki dari sudut pandangan Islam adalah apabila kita dapat meraih keuntungan dunia dengan mendapat redha dari ALLAH hasil usaha yang optimum dan berdasarkan syariah ALLAH.
  
WALLAHU’ALAM. 

No comments:

Post a Comment