Thursday, April 5, 2012

Bagaimana dengan Rutin?

Rutin yang baik adalah wajib.  Membetulkan rutin amat penting dan ianya perlu dimulakan serta-merta. 

Untuk anak-anak di dalam kelas:

1.Mulakan dengan memperbetulkan rutin besar seperti menggunakan bahasa dalaman sewaktu di dalam kelas (tidak menjerit), atau menyimpan semula kerja di dalam almari (tidak mencampakkan barangan di mana-mana) atau berjalan di dalam kelas (tidak berlari di ruang sempit).

2. Target membaiki rutin bagi satu kumpulan ramai adalah mengenal-pasti siapa yang perlu diperbetulkan dahulu.  Siapa 'ketua' bagi kumpulan tersebut.  Betulkan dia kerana mudah bagi yang lain mengikuti 'ketua'.

3. Ubah tabiat dan rutin buruk secara perseorangan (one-on-one).  Jauhi dari memberi arahan pada seorang yang dapat didengari oleh seluruhan kelas.  Bercakap dengan nada sederhana, eye-contact dan jika perlu, pegang tangan atau bahu sewaktu permulaan rutin.

4. Ulangi rutin tanpa bicara.  Ingat, anak-anak perlukan arahan yang ringkas dan tunjuk-contoh yang jelas - bukan leteran.  Ulang bersama-sama dan semakin kebelakang membiarkan anak mampu melakukan tanpa orang dewasa di sebelah.  Biarkan anak melakukan.  Hanya beri penghargaan/senyuman apabila dia sendiri telah berpuashati.

5. Semua ini mudah sekiranya orang dewasa memulakan usaha dengan niat ikhlas untuk mengubah, tidak marah dan tidak mudah berputus-asa di dalam proses.  Ingat, setiap perasaan  amarah akan memadamkan tenaga ikhlas kita; dan mencelarukan tenaga yang kita salurkan kepada si anak.

Selamat mencuba!

No comments:

Post a Comment