Tuesday, August 18, 2009

Disiplin anak-anak 2

Prinsip 2: Memberi Contoh dan Memerhati.

Perkara yang paling mudah untuk anak-anak pelajari adalah mengikuti contoh orang dewasa. Hanya memberi contoh, atau menujuk cara melakukan sesuatu dengan jelas, anak2 akan mempelajari langkah pertama untuk mendisiplinkan dirinya.

Salah satu teknik pengajaran yang dipertekankan di Sri Ayesha ialah memastikan tiada 'distraction' dari guru sewaktu proses menuntut ilmu berlaku. Sekiranya sesuatu arahan diberi, ianya mestilah jelas dan orang dewasa (guru) mestilah menunjukkan contoh kepada arahan tersebut. Ini akan memudahkan anak2 memahami cara yang terbaik melakukan sesuatu arahan. Contoh mesti jelas agar anak boleh ikut. Yang kita maksudkan dengan tiada 'distraction' ialah seperti berikut. Sewaktu kita menunjukkan contoh atau cara sesuatu perkara perlu dilakukan anak2, kita tidak boleh menyelit perkara2 lain dalam perbuatan tersebut.

Sebagai contoh, kita inginkan anak2 berdisiplin sewaktu bangun tidur dan mengemas tempat tidur. Kita mestilah menunjukkan cara mengemas tempat tidur dengan sempurna. Mulakan dengan beberapa contoh, seterusnya akan disempurnakan oleh anak2. Perkara ini mestilah di ulang mengikut protokol 'repetition'. Ulangilah perkara tersebut beberapa hari dan lakukan pemerhatian. Apa yang penting sewaktu proses ini berlaku, orang dewasa tidak dibenarkan membawa sebarang 'distraction' seperti berleter, marah-marah, atau sebagainya. Kerana ini adalah contoh yang akan di register dalam minda anak2 pada tahap separa sedar (subconscious mind). Ulangilah benda yang sama beberapa ketika sehingga anak2 dapat merasakan ini sebagai rutin harian.

Pada tahap 6-12 tahun, kebanyakkan proses disiplin akan melibatkan minda separa sedar ini. Pada peringkat yang lebih awal (0-6 tahun), minda tidak sedar banyak berperanan (unconscious mind). Pada dua-dua peringkat ini, contoh yang jelas dan mengurangkan 'distraction' adalah amat penting.

Hakikatnya, inilah cara Rasulullah SAW membentuk disiplin dan ketahanan jiwa di dalam diri anak2 sejak dari zaman kanak-kanak. Diriwayatkan daripada Amr bin Syu’aib, daripada ayahnya, daripada datuknya r.a katanya: Rasulullah s.a.w bersabda: Perintahlah anak-anak kamu supaya mendirikan sembahyang ketika berusia tujuh tahun dan pukullah mereka kerana meninggalkan sembahyang ketika berumur sepuluh tahun dan asingkanlah tempat tidur di antara mereka (lelaki dan perempuan). (Hadis riwayat Abu Daud).

Arahan perintah tersebut adalah berbentuk menunjuk contoh dari orang dewasa. Jika sekiranya sepanjang 3 tahun anak-anak telah dilazimi dengan sesuatu disiplin diri (seperti solat), maka ibubapa tidak lagi perlu memukul mereka kerana solat telah menjadi sebahagian dari disiplin diri.

Teknik ini boleh diaplikasi pada semua perkara. Untuk memastikan prinsip ini berjaya, pastikan kita beriltizam dengan prinsip 1 yang telah saya perkatakan pada posting yang lepas.

No comments:

Post a Comment