Saturday, August 1, 2009

Solat Hajat


Pada program Qiamullail yang baru di adakan minggu lepas, saya berkesempatan memberi beberapa butir peringatan kepada anak-anak yang hadhir sewaktu program kuliah subuh. Ramai yang tertanya2 siapa nama sahabat Rasulullah SAW yang saya ingin jadi sekiranya diberi peluang. Aqasyah ibnu Muhssen. Beliau antara sahabat yang amat jarang diketahui ramai tetapi dijanjikan syurga bersama-sama golongan yang masuk syurga tanpa perhitungan dan hisab dari kalangan 70 ribu ummat nabi SAW (Hadis Bukhari). Kerana beliau serius mahukan syurga!

Solat hajat yang dilakukan berjemaah bukanlah dari sunnah yang ditunjuk Rasulullah SAW. Menurut Imam Nawawi (ra) - adalah dilarang melakukan solat sunat secara berjemaah sebagaimana digalakkan untuk solat fardhu, namun sekiranya dilakukan juga secara berjemaah ianya diterima sah. Di dalam sebuah hadis riwayat Bukhari, 'Utbaan ibn Malik (ra) menceritakan Rasulullah SAW datang ke rumahnya sewaktu cuaca panas ditemani Abu Bakr (ra). Lalu baginda mendirikan solat sunat; maka kami pun berdiri belakang baginda mengikutinya sehingga baginda memberi salam, maka kami pun memberi salam.

Sebagai pendedahan awal, solat2 sunat ini dilakukan berjemaah agar ianya dapat mencetus kebiasaan kebergantungan kita kepada Allah SWT di dalam hidup kita seharian. Pada bulan Ramadhan, solat2 sebgini akan dijadikan sebahagian dari ihya ramadhan seharian...

Saya memberi jaminan anak-anak di Sri Ayesha dibenarkan menggunakan solat sunat bagi memohon hajat dan kehendak mereka seharian. Biasakan berada dalam keadaan wudhu setiap masa. Sekiranya ada keperluan, dirikan solat sunat dan pohonlah hajat kepada Allah SWT. Ingin senang faham pelajaran dalam kelas? Ingin mendapat kawan yang baik? Ingin tubuh badan kuat dan sihat? Inginkan kasih sayang ibubapa bertambah? Ingin lulus cemerlang dalam peperiksaan? Apa saja keinginan - nah, solat dan pohonlah. Cumanya, jangan mengambil terlalu lama sehingga lupus waktu pembelajaran.... Ingat, doa perlu disertakan dengan usaha...baru berjaya!

No comments:

Post a Comment