Ibubapa dan guru sama penting. Kita tidak mampu membangunkan jiwa raga anak-anak sekalian tanpa kerjasama erat, kukuh, saling memahami dan menghomati satu sama lain - para ibubapa dan guru. Saya selalu menyebut kepada anak-anak di SAIS: "Make your lives extraordinary! Since your destiny is yet to be determined, why not make it extraordinary and leave a lasting legacy?"
Justeru, saya merancang untuk memuat-naik tulisan2 & nota2 yang telah saya kongsi dengan para guru di SAIS yg telah saya sampaikan di dalam siri-siri latihan guru (mingguan, bulanan & tahunan) di SAIS sejak beberapa tahun yang lalu (especially the last 2 years). Alhamdulillah, kita mempunyai misi dan visi yang cukup jelas beserta proses/metodologi yang sistematik dan anjal suasana. SAIS bukan sahaja institusi pembelajaran untuk anak-anak, bahkan melalui anak-anak inilah juga kita turut belajar memperbaiki diri dan erti memberi kepada masyarakat.
Saya harap, ini akan merancakkan lagi keterlibatan semua di dalam mencapai misi pembangunan anak-anak kita dalam konteks SAIS dan Malaysia secara umum, insyaAllah.
No comments:
Post a Comment