"When dealing with children there is greater need for observing than of probing"
Perjumpaan Ibubapa dan guru (PTC) adalah satu detik yang sangat penting untuk anak-anak kita. PTC adalah temujanji khas. It's a dating!
PTC adalah medan untuk para guru dan ibubapa:
- bertemu mata untuk bersetuju (see eye-to-eye) arah-tuju anak kita;
- bertemu untuk memahami potensi diri anak;
- bertemu untuk mempelajari peranan yang boleh dimainkan dengan lebih berkesan;
- bertemu untuk bersatu (syncronizing apps) initipati diri anak;
- bertemu untuk membaik-pulih eko-sistem anak di rumah dan di sekolah;
- bertemu untuk reset minda, menyonsong ke hadapan -- forward and upward!
Hadhirkan diri kita dengan perasaan gembira. Kerana perjumpaan ini adalah pembuka mata hati ibubapa dan guru akan hal-ehwal anak di dalam konteks yang lebih luas - rumah dan sekolah. Excited! Teruja kerana dua pihak yang matang dari universe yang berbeza berbicara berkenaan sesuatu yang menjadi keutamaan masing-masing.
Ibubapa dan guru-guru yang berperihatin akan menjadikan medan PTC sebagai batu loncatan, bukan batu halangan. Bercakap dan bersembanglah dengan mesra dan ikhlas. Dengarlah dengan penuh empati. Rancangkan pencapaian anak bersama-sama. Jangan gundah sekiranya si anak ditahap yang kurang memuaskan hari ini. Kerana tujuan kita ialah untuk membangunkan jiwa keilmuan mereka.
Pastikan di dalam bicara guru ibubapa, kita berbincang berkenaan:
- kesediaan belajar si anak (sila baca post saya berkenaan tajuk ini);
- potensi yang diperhatikan guru di sekolah dan ibubapa di rumah;
- perubahan ketara di dalam sikap;
- tahap kegembiraan anak;
- dan terakhirnya, pencapaian akademi mengikut rancangan guru dan ibubapa.
Pencapaian akademi bukan bahan bandingan dengan rakan-rakan di kelas. Ini adalah kesilapan awal menyediakan si anak. Kita menyediakan kesediaan pembelajaran si anak dari dalam jiwa (internally), bukan semata-mata dari dorongan luar. Menfaatkan PTC - yang untung pastinya anak kita.
Hanya gambar hiasan :-) |
No comments:
Post a Comment