Pada awal tahun 90’an, berlaku sesuatu fenomena hebat di USA. Pada ketika itu, Malaysia baru sahaja melalui
fasa terakhir kemelesetan ekonomi tahun 1986-90. Saya mengurus sebuah dana antarabangsa shariah
berpengkalan di Stamford, Connecticut. Fenomena
yang saya maksudkan ialah ledakan internet (internet boom) yang melakar satu
sejarah baru. Membawa kepada the dot-com era. Sejarah baru dunia – sejajar dengan laungan politikus di Amerika
pada waktu itu - The New World Order. Pada masa yang sama tercetus Gulf War yang
menyaksikan Iraq manakluk Kuwait dan yada yada... As the
saying goes, the rest is history. [Ingatkan saya untuk menulis mengenai
cerita Iraq, Kuwait dan Pelaburan]
Ledakan internet sememangnya merubah wajah dunia. Satu revolusi baru. Saya masih ingat bagaimana ramai usahawan dan
pelabur menjadi jutawan, paling kurang di atas kertas (paper’s millionaires) – overnight! Saya tak ketinggalan. Bagi kamu yang dah belajar ekonomi di
tingkatan 4 boleh kaitkan cerita ini sedikit sebanyak. Maksudnya, pelaburan yang disalurkan ke dalam syarikat-syarikat
internet akan menyaksikan peningkatan nilai yang amat mendadak. Antara syarikat utama yang mencipta sejarah
adalah sebuat syarikat browser yang bernama Netscape yang dibangunkan oleh Mark
Anderson. Saya terlibat melalui
penglibatan dengan Morgan Stanely yang menjadi Underwriter. Begitu juga
dengan ratusan syarikat yang baru diapungkan ke bursa saham. Dipendekkan cerita, jutawan!
“What exactly did you
do?” My son would ask that question
again and again. Saya akan ceritakan
sikit di sini. Kalau tak faham sekarang,
you may come back in a few years and read
this posting one more time.
Investing in Stock
Market
Melabur di pasaran saham adalah satu kerjaya. Saya bermula sebagai seorang financial
analyst, kepada Portfolio Manager, sehinggalah Fund Manager dan Investment
Strategist. Oleh kerana sistem pelaburan
yang dibangunkan di syarikat kami berlandaskan Shariah, saya terpaksa bekerja
lebih. Pada awal 90’an sememangnya kami
adalah antara perintis system pelaburan shariah. Saya dijemput menjadi antara penulis awal menulis
di dalam Journal of Islamic Finance
berkenaan Islamic Fund Management.
Banyak perkara yang perlu dirungkaikan.
Siang kerja saya menjaga pelaburan, malam kerja saya ber’teleconference’
dengan pelbagai ‘penasihat ugama dan undang-undang antarabangsa’ merungkai dan
mempertikai kaedah shariah yang dibenarkan di dalam pelaburan. Anak-anak ada melihat TV-shows yang disiarkan
di kaca TV – The Firm, Suits, CSI etc.
Mereka bekerja sampai larut malam.
Memang semua tu saya buat. Bila
bersurai ke rumah masing-masing, ucapan terakhir ialah – see you at 8am for morning teleconference with Morgan! Kerja bukan
8 jam sehari tetapi minima 12 jam sehari, tanpa a formal lunch-break.
Maksudnya, lunch di atas meja!
Yang menyegarkan adalah basahan air wudhu. Pada waktu itu, kamu semua masih kecil jadi
peluang tersebut saya gunakan sepenuhnya untuk kerjaya.
Saya turut memperuntukkan masa untuk melanjutkan pelajaran
ke peringkat tinggi pengkhususan – Certified Financial Analyst (CFA) selama 3
tahun dicelah-celah kesibukan pengurusan kerja.
Memang super-charged! [Saya
difahamkan, di Malaysia kurang dari 25 orang yang mendapat designation CFA pada
awal 90’an]. Kalau bercakap mengenai
perkembangan pelaburan shariah seantero dunia, memang panjang – mungkin kita
sentuh di waktu yang lain.
Recent trip to Seoul, Korea |
Berbalik kepada kerjaya saya. Kamu tanya apa yang saya buat? Cerita
mudahnya begini:
Tugas saya adalah melakukan analisa terpeinci ke atas lebih
6,000 syarikat yang diapungkan di bursa-bursa di benua Amerika. Memilih terbaik dari yang terbaik – mengguna pelbagai
kaedah analisa yang sophisticated sehingga
secara kampungan! Membuat unjuran
peningkatan nilai saham pada masa terdekat dan masa panjang. Diapungkan bermaksud, syarikat-syarikat ini
menjadi syarikat yang boleh dikuasai atau dimiliki oleh orang ramai yang
mempunyai duit. Kita boleh miliki
syarikat IBM atau Microsoft dengan membeli sham syarikat tersebut dari Bursa.
Bursa adalah satu pengkalan (dengan kata lain Supermarket) yang di dalamnya ada
banyak pilihan saham. Boleh faham
kan?
Kalau kita tidak membuat homework,
kita akan membeli saham yang tidak berkualiti.
Barang yang tidak berkualiti harganya murah dan tidak dipandang bernilai
oleh orang lain. Sedangkan barangan yang
bernilai amat diminati ramai menyebabkan harganya melambung-lambung naik. Tugas saya ialah mencari barangan yang
mempunyai potensi nilai yang tinggi selepas saya sudah membelinya. Tugas tambahan saya ialah mengenal pasti
saham yang saya beli menepati syarat-syarat yang dibenarkan shariah. Kalau anda ke Supermarket di Malaysia, anda
pasti terperasan ada seksyen yang memperuntukkan barangan “non-halal”. Itu kerja saya, mengkategorikan ‘not shariah-compliance’
dari keseluruhan 6,000 syarikat pada waktu tersebut. Pada waktu itu, tidak ada standard compliance sebagai rujukan
seperti yang dikeluarkan oleh Bank Negara sekarang. Kebanyakkannya adalah case-by-case. Hakikatnya, saya
berdayung di lautan gelap dan GPS saya adalah ketelitian mengemudi. Perhatikan laluan dan panduan bintang. Tidak boleh auto-cruise…
Pengajarannya: Semua kita dah tahu. Kalau nak berjaya,
kena banyak usaha. Ini adalah “law of success”. Peraturan kejayaan adalah tetap sebagaimana
peraturan yang Allah tetapkan ke atas setiap kejadian. Sebagaimana kita tak boleh ubah the law of gravity, ia sentiasa akan menarik
ke bawah. Kalau kita nak menjadi
jutawan, berusahalah dengan kadar yang seumpamanya (atau lebih).
Adapun sepanjang lebih 5 tahun menceburi bidang pelaburan
saham (secondary market), saya menyedari keperluan mengukuhkan industri kewangan
Islam dengan lebih real. Target jutawan
tercapai dan pembangunan prasarana networking terjalin ke seluruh dunia. Perkembangan perbankan Islam semakin menapak
di Malaysia tetapi hakikat ekonomi sebenarnya digerakkan melalui keusahawan dan
pelaburan, bukan perbankan. Justeru,
pada tahun 1996, saya membina syarikat baru yang memberi penekanan khusus
kepada keusahawanan dan pelaburan iaitu Modal Teroka atau Venture Capital.
Bersambung…
No comments:
Post a Comment