Hakikatnya, Allah SWT telah mengolah ke atas kita rutin harian, rutin mingguan, rutin bulanan, rutin tahunan dan rutin seumur hidup yang ditunjuk oleh junjungan Muhammad (SAW). Semuanya disusun dengan cukup cantik! Apabila kita menyebut metodologi tarbiyah, maka inilah kerangka perlaksanaan. Iaitu rutin yang baik saling memperkukuhkan untuk melahirkan jiwa yang terdidik - ruh, jasad dan akal.
Rutin & Ganjaran
Hindari tenaga negatif - marah & frustration |
2. Pada masa yang sama, kita perlu pastikan anak-anak berada di dalam tempo kesediaan didik. Kita dapat mengenali kesediaan didik ini melalui beberapa tanda-tanda awal:
- Gerakan badan yang ringan dan mudah apabila menerima arahan;
- Ada pandangan (eye-contact);
- Tindak balas positif seperti membalas senyuman, membalas salam dsbgnya
Konsep ganjaran:
Gambar hiasan |
- Ganjaran mestilah dihadiahkan selepas si anak selesai dengan arahan. Maksudnya, mulakan dengan rutin kemudian dapat ganjaran. (First discipline, then rewards).
- Ganjaran sebelum tugasan atau rutin adalah bersifat pengecualian. Maksudnya, dlm kes yang luar-jangkaan (severe separation anxiety case, or self-inflicted action that may jeopardize the kid's safety) maka ganjaran diberi sebelum tugasan selesai samada sebagai "distraction" atau tolakan/tarikan (push/pull) -- dangling carrot in front of the horse.
- Ganjaran yang diberi sebelum tugasan tanpa sebab akan membinasakan jatidiri si anak dan mudah membentuk jiwa memberontak.
- Mendapat ganjaran selepas tugasan berubah dari ganjaran besar (yang besifat material) kepada ganjaran emosi dan spiritual (senyuman dan doa) sepenuhnya.
- Secara idealnya, ganjaran hanya diberi apabila ada kesediaan didik bagi diri guru/parents dan anak-anak. Maksudnya, luahkan emosi appresiasi dan kekaguman apabila si anak sudah bersedia menerimanya.
- Ketahuilah, ganjaran yang paling tinggi untuk si anak lahir dari dalam -- rasa self-satisfaction si anak sejurus selesainya tugas. Ini yg kita cari. Perhati dengan teliti tenaga yang dilahirkan si anak; tunggu sehingga si anak mula memerhati untuk mendapatkan persetujuan atau confirmation dari kita. Itulah masanya ganjaran senyuman kekaguman dari guru/parents yang ikhlas membawa erti segunung penghargaan, kelazatan dan kemanisan! Hasilnya, si anak mahu mengulangi keadaan tersebut sebanyak mungkin di masa hadapan kerana dia sudah menikmati ilmu dan menjalani tarbiyah. Dan dia telah faham bahawa ganjaran yang lahir dari dalam dirinya adalah fitrah yang Allah sediakan bagi menjadi kata-hati melawan desakan syaitan dan hawa-nafsu. Kata hati itu ialah kemanisan iman.
No comments:
Post a Comment