Firman ALLAH SWT bermaksud: “ Dia
memasukkan sesiapa yang dikehendakiNya (menurut aturan yang ditetapkan) ke
dalam rahmatNya (dengan ditempatkannya di dalam Syurga) dan orang-orang yang
zalim, Dia menyediakan untuk mereka azab seksa yang tidak terperi sakitnya.”
(Surah Al Insan : 31)
1. Dalam
menempuh perjalanan ke akhirat kita mesti banyak berwaspada dan bersikap
berhati-hati. Kehidupan di dunia inilah yang akan menentukan nasib kita di
akhirat kelak. Apakah kita bertempat di Syurga atau di neraka selamanya?
2. Kehidupan
kita di dunia ini ibarat kita sedang berada di dalam hutan rimba yang
menakutkan, penuh dengan binatang buas. Atau ibarat lain kehidupan kita di
dunia menuju akhirat umpama keluar dari penjara, dan keluarnya kita daripada
penjara, seperti orang yang dibebaskan menuju kenikmatan akhirat.
3. "Dunia
ibarat penjara bagi orang beriman dan syurga bagi orang kafir" ( Riwayat
hadis Muslim )
4. Setelah
mati, kita tidak punya pilihan, kecuali syurga atau neraka. Oleh itu, syurga
kita orang mukmin adalah ketika di akhirat. Bukanlah syurga kita di dunia.
Dunia kita perlu hidup umpama banduan, segalanya terlarang dan menurut semua
perintah sehingga tiba hari pembebasan kita.
5. Bersihkan
hati kita agar hidup kita sentiasa di dalam pandangan ALLAH. Kita hidup bekerja
seharian kerana menggunakan nikmat yang ALLAH beri kepada kita, lalu di samping
itu tujuan utama kita dalam melayari kehidupan jangan diabaikan.
6. Kejayaan
yang hakiki dari sudut pandangan Islam adalah apabila kita dapat meraih
keuntungan dunia dengan mendapat redha dari ALLAH hasil usaha yang optimum dan
berdasarkan syariah ALLAH.
WALLAHU’ALAM.
No comments:
Post a Comment