Rutin yang baik adalah wajib. Membetulkan rutin amat penting dan ianya perlu dimulakan serta-merta.
Untuk anak-anak di dalam kelas:
1.Mulakan dengan memperbetulkan rutin besar seperti menggunakan bahasa dalaman sewaktu di dalam kelas (tidak menjerit), atau menyimpan semula kerja di dalam almari (tidak mencampakkan barangan di mana-mana) atau berjalan di dalam kelas (tidak berlari di ruang sempit).
2. Target membaiki rutin bagi satu kumpulan ramai adalah mengenal-pasti siapa yang perlu diperbetulkan dahulu. Siapa 'ketua' bagi kumpulan tersebut. Betulkan dia kerana mudah bagi yang lain mengikuti 'ketua'.
3. Ubah tabiat dan rutin buruk secara perseorangan (one-on-one). Jauhi dari memberi arahan pada seorang yang dapat didengari oleh seluruhan kelas. Bercakap dengan nada sederhana, eye-contact dan jika perlu, pegang tangan atau bahu sewaktu permulaan rutin.
4. Ulangi rutin tanpa bicara. Ingat, anak-anak perlukan arahan yang ringkas dan tunjuk-contoh yang jelas - bukan leteran. Ulang bersama-sama dan semakin kebelakang membiarkan anak mampu melakukan tanpa orang dewasa di sebelah. Biarkan anak melakukan. Hanya beri penghargaan/senyuman apabila dia sendiri telah berpuashati.
5. Semua ini mudah sekiranya orang dewasa memulakan usaha dengan niat ikhlas untuk mengubah, tidak marah dan tidak mudah berputus-asa di dalam proses. Ingat, setiap perasaan amarah akan memadamkan tenaga ikhlas kita; dan mencelarukan tenaga yang kita salurkan kepada si anak.
Selamat mencuba!
No comments:
Post a Comment