Rutin wajib peringkat umur 7-12 tahun
EVERY THOUGHT VIBRATES, EVERY THOUGHT RADIATES A SIGNAL AND EVERY THOUGHT ATTRACTS A MATCHING SIGNAL BACK. I CALL IT ENERGY. IT’S ALSO KNOWN AS INTENTION (NAWAITU / NIAT)…
Anak-anak yang menyerap persekitaran kini membentuk satu tabiat diri – habit. Kini hidupnya terpandu dan terarah berdasarkan pengalaman awal. Kini, anak-anak cuba memahami, mula memerhati dan bertanya.
Pada peringkat ini, penting utk diperkenalkan mereka kepada minda yang tepat mengenai kehidupan. Bahawa kita mampu dan berupaya membuat pilihan di dalam kehidupan. Bahawa Allah sediakan jalan kebaikan menuju syurga atau jalan kejahatan mengikut syaitan… Bahawa Allah menyediakan aqal untuk kita berfikir… Tidak perlu complicated lectures, hanya tunjuk cara dan teknik yang tepat bila berhadapan dengan kehidupan dan ‘krisis’.
“Use your brain…”
"Ask your brain..." , "What do you think?"
"Ask your brain..." , "What do you think?"
“What your brain is telling you?”
“Is this what Allah wants?
Pada peringkat ini jugalah, anak-anak diperkukuhkan dengan kewajipan-kewajipan asas sebagai seorang Islam. Solat dan puasa mula diperkenalkan sebagai rutin. Solat dengan mengikut-ikut dahulu. Mulakan dengan rutin persediaan solat – dari wudhu kepada solat. Ingat, mulakan dengan pengenalan rutin sebab rutin yang baik dan penuh ketelitian akan membentuk tabiat yang sempurna.
Anak-anak pada peringkat 7-10 tahun di permudahkan rutin solat. Diperkukuhkan dengan rutin ganjaran (senyuman dan keriangan ikhlas) sebagai balasan. Anak-anak akan mula yakin akan kebenaran sebab orang dewasa dipersekitaran mengia kan. Tiada desakan dari ibu-bapa atau guru-guru. Yang ada hanyalah petunjuk rutin yang diulangi dan disempurnakan bersama-sama dengan orang dewasa. Bayangkan hal ini berterusan saban hari, sehinggalah anak-anak meningkat umur 9 tahun! Rutin telah bertukar menjadi tabiat dan tabiat ini dilakukan dengan senang hati! Kehilangan rutin akan merunsingkan dirinya. Bayangkan…
Pada peringkat ini, anak-anak akan berjaya mendisiplinkan dirinya dari melakukan sesuatu rutin disebabkan suruhan kepada melakukan sesuatu rutin disebabkan keriangan dalaman yang sukar diceritakan – kebahagiaan melaksanakannya! Dia mula nampak bahawa apa yang dilakukannya kini adalah baik untuk dirinya. Rutinnya seperti membiasakan menyimpan barangan utama di tempat yang disediakan akan terganggu sekiranya barangan tersebut disepah-sepahkan (misplace). Begitu juga sekira dia biasa berjalan di dalam rumah (atau kelas), dia akan terlanggar meja dan terluka sekiranya dia menyalahi rutin pergerakkan apabila berada di “dalam”. (inside movement vs outside movement). Inilah ganjaran terbaik yang diperolehi anak tersebut. The feeling of happiness and awesomeness!
Pada peringkat ini juga, orang dewasa akan menggunakan teknik-teknik terbaik bagi membaiki misbehaviours salahlaku dan melakukan pengukuhan kepada kebaikan (pls refer to my previous postings on some of the techniques). Bagi anak-anak ini, proses pembelajaran akan masuk secara sendirinya apabila dirinya bahagia dan bersedia – dia kini seriously able and willing!. Kita, orang dewasa akan memberi penekanan kepada ‘kebebasan’ jiwa dan hati nuraninya untuk memilih. Tiada gesaan yang menyakitkan jiwanya untuk melakukan sesuatu kecuali semuanya lahir dari rutin-rutin harian yang amat baik yang telah ditunjukkan oleh kita, orang dewasa.
Ingat, tujuan kita ialah membentuk jiwanya – paradigm, minda, fikrah dan luahan rasa hati. Menifestasinya adalah perlakuan yang baik, sukakan kebaikan dan lebih mudah dicorak ke arah kebaikan! Dia akan mula memahami erti HIDUP UNTUK MENJADI BAIK, DAN MELAKUKAN KEBAIKAN. Itulah cetusan iman kita…meyakini kepada perkarayang tidak dapat dilihat (jiwa dan intipati hati anak-anak). Hakikatnya, kita telah banyak belajar dari anak-anak ini. Orang dewasa berhubung dengan jiwa ini melalui jiwa kita yang dipancarkan melalui gelombang tanggapan dan bantuan Ilahi…
Every thought vibrates… it’s the energy… niat - "Sesungguhnya sesuatu amal itu dimulai dengan niat..." maksud hadis (Sahih AnNawawi)
No comments:
Post a Comment