![](https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEg0YgpRmpzsa_KE87V8YvR329da6lNIF4h6ZJqj8XS5PwgSs2KgRTwCkl1jcrBAwxByh4OQF5w4RHQJz9thco4SxmSKBuViWsSoeP-vGVPKd3Lfqf99_IvIKDEMLxCHptGKNxoqVwwAp_n2/s200/jalan1.jpg)
Pejam celik kita sudah 'di sini'. Seolah-olah apa yang berlaku 10 tahun , 20 tahun yang lalu baru sangat terjadi. 20 tahun yang lalu hidup saya sudah pasti berbeza. Saya bertemankan dua rakan serumah, kedua2nya adalah warga Amerika. Seorang baru masuk Islam namanya Michael (tukar nama jadi Isa) & seorang lagi namanya Alfredo (tukar nama jadi Yassin). Kali ni saya cerita pasal Michael. Dia berbangsa white Caucasian (mat saleh) belajar di Universiti yang sama; mengenali Islam dari kelas matapelajaran sejarah dunia (World History). Dia membuat sedikit kajian mengenai Islam dan yakin akan kebenarannya. Sewaktu kami melakukan program Islam di Universiti, Michael akan memerhati dari jauh dan mengutip leaflet mengenai Islam dan sbgnya.
Pada satu hari jumaat, beberapa bulan sebelum Ramadhan, Michael datang ke Islamic Center tempat kami melakukan solat Juma'at di downtown Hartford. Br. Nafez sebagai imam menyampaikan khutbah pada hari tersebut. Michael masuk mendengar khutbah di bahagian belakang. (Di Amerika, kita menggalakkan kehadhiran sesiapa saja yang berlainan kepercayaan untuk hadhir mendengar khutbah juma'at). Selesai khutbah, Michael menghampiri Br. Nafis dan berbisik sesuatu. Br. Nafis mengangguk2 dan menyatakan sesuatu; dibalas anggukkan oleh Michael. Mereka duduk, saya hanya memerhati dari saf depan. Br. Nafis menoleh ke arah saya dan menggamit tangannya tanda memanggil. Saya mengisut2 untuk menghampiri beliau, begitu juga beberapa jemaah lain mula mengerumuni. Saya rapat ke sebelah Br. Nafis dan duduk. Tangan kiri Br Nafis memegang tangan saya sambil meneruskan perbualan dengan Michael.
"You know.., it's easy to be a Muslim but it's difficult for one to become a true believer," kata Br. Nafis kepada Michael. "You need to pray five times a day..," he continued.
Michael was nodding slowly.
"You have to fast in the month of ramadhan."
Michael nodded ever more. "I know and I can do that..," he said with a slight smile.
"You need to learn more about Islam," said Br. Nafis.
"Sure I want to learn more," Michael replied, more seriously.
(Opps sorry tercampur English, harap boleh ikut eh..)
Setelah rancak bercakap mengenai Islam dan sbgnya, akhirnya Br. Nafis mengajar Michael mengucap dua kalimah syahadah. Saya menjadi saksi, alhamdulillah semua selesai dengan baik dan jemaah melaungkan takbir tanda gembira...
Br. Nafis was still holding my hand. He look at me with a smile. "O..o... what is this," I was puzzled with his look. I know something was about to come. Br Nafis menoleh ke arah Michael seraya berkata: " This is Br Fauzi, he will be your brother and he will teach you more about Islam." Dah agak dah... saya teruja dan rasa terhormat. Br. Nafis melakukan sesuatu yang memang pernah dilakukan oleh Rasulullah SAW. Saya tersenyum dan menghulurkan tangan ke arah Michael. Saya tarik dia supaya berdiri lantas memeluknya. Michael masih terpinga-pinga. Agak janggal budaya berpelukan baginya, tetapi dia nampak gembira. Michael terus mengumumkan nama yang ingin digunakannya - Isa.
Hakikatnya, saya lebih banyak belajar dari Isa berbanding sebaliknya. Walaupun benar saya mengajar beliau mengenai selok-belok agama, tetapi Isa 'mengajar' saya erti sebuah kehidupan. Isa adalah manusia fitrah di sisi Allah, jadi saya merasa begitu teruja dengan kesungguhannya untuk meneruskan hidupnya dengan Islam. Beliau datang dari keluarga berada. Bapanya seorang pakar bedah dan ibunya seorang guru... Apa yang penting bagi Isa ialah Islam.
Setiap tingkah laku dan perlakuannya akan sentiasa disuluhi dengan Islam. Isa akan bertanya, "Is this the way Rasulullah did?" atau "Where in Qur'an I can find about learning etc etc" Saya sendiri turut sedar ketika itu kenapa kita tidak pernah bertanya sebegitu jika kita ingin melakukan sesuatu. (Itulah lambang manusia fitrah seperti yang pernah saya bincangkan dalam posting yang lepas2).
Itulah sebabnya saya sentiasa memberi penekanan di Sri Ayesha agar ustaz/ah mengajar Islam dengan mengutamakan sumber dalil dan hujah yang sah, kerana kita membangunkan jiwa2 manusia fitrah. Agar mereka bebas dari cengkaman pendapat manusia (selain dari Rasulullah SAW) yang kerapkali menyempitkan keluasan Islam. Itulah juga pandangan Imam asSyafie sendiri yang menyarankan agar mengikut apa yang paling baik dari Rasulullah SAW bagi meneruskan kehidupan ini.
[Inilah rupa apartment di Asylum St. Hartford]
No comments:
Post a Comment